Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

38) PEMBINAAN INCINERATOR DI SHAH ALAM DAN KUALA LANGAT

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri akan meneruskan pembinaan incinerator di Shah Alam dan Kuala Langat?

    Incinerator merupakan salah satu daripada pelbagai teknologi moden yang digunakan secara meluas di kebanyakan negara-negara maju. Sehingga saat ini, tiada perancangan khusus Kerajaan Negeri untuk membina incinerator di Shah Alam dan Kuala Langat.

  2. Adakah kerajaan negeri mempunyai kepakaran yang cukup untuk menguruskan selia incinerator ini?

    Pengurusan serta kepakaran penyeliaan sesebuah loji incinerator bergantung kepada ‘business model’ yang Oleh kerana tiada perancangan khusus Kerajaan Negeri untuk membina incinerator di Shah Alam dan Kuala Langat, maka perkara ini tidak wajar ditimbulkan.

  3. Adakah pembinaan incinerator ini dapat memberikan lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang tempatan selepas siap?

    Sememangnya setiap loji incinerator yang beroperasi akan memberikan peluang pekerjaan. Namun demikian, oleh kerana tiada perancangan khusus Kerajaan Negeri untuk membina incinerator di Shah Alam dan Kuala Langat, maka jumlah peluang pekerjaan yang akan tercipta dengan pengoperasian incinerator masih belum dapat dipastikan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.