Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
36) GRADUAN TERLIBAT AKTIVITI MILITAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan dengan terperinci berkenaan laporan yang dikeluarkan oleh PDRM berkenaan graduan KUIS yang terlibat dengan kumpulan militan di Syria?
Adalah dimaklumkan penama Syamimi Faiqah binti Sulaiman merupakan bekas pelajar KUIS yang telah diberhentikan kerana gagal mencapai gred minimum dalam peperiksaan akhir Sesi II 2012/2013.
-
Apakah faktor penglibatan graduan KUIS yang terlibat dengan kumpulan militan ini?
Penglibatan beliau di dalam aktiviti militan adalah selepas beliau diberhentikan daripada KUIS dan tidak berkaitan dengan sistem pengajian di KUIS
-
Apakah usaha kerajaan negeri untuk memastikan perkara ini tidak berulang?
Nota: Berikut adalah kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh pihak KUIS pada 13hb Oktober 2014 mengenai penglibatan bekas pelajar tersebut untuk makluman dan perhatian semua pihak.
KENYATAAN MEDIA
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) PENJELASAN STATUS PENGAJIAN SYAMIMI FAIQAH BINTI SULAIMAN
- Merujuk kepada laporan beberapa media arus perdana pada 12 Oktober 2014 berkaitan penglibatan Bekas Pelajar KUIS dengan ISIS.
- Pihak KUIS mengesahkan bahawa Syamimi Faiqah Binti Sulaiman telah mendaftar Program Diploma Pengajian Islam (Al-Quran & Sunnah) Sesi II 2012/13 (Melalui surat tawaran bertarikh 27 November 2012).
- Syamimi Faiqah Binti Sulaiman telah gagal mencapai gred minimum dalam peperiksaan akhir Sesi II 2012/13.
- Syamimi Faiqah Binti Sulaiman secara rasmi diberhentikan dari KUIS melalui surat Bahagian Pengurusan Akademik, KUIS pada 10 Jun 2013 kerana mencapai CGPA kurang dari 2.00 selaras dengan Peraturan Akademik KUIS (Pindaan 2011) Seksyen 10 paragraf 2.
- KUIS memandang serius penglibatan mahasiswa KUIS dengan aktiviti yang tidak diiktiraf oleh ajaran Islam dan Kerajaan Malaysia. Jika Mahasiswa KUIS didapati terlibat dengan perkara seumpamanya, KUIS akan bertindak memberhentikan Mahasiswa terbabit serta
- Sekian maklumbalas daripada