Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

20) ORANG ASLI

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah sumbangan Kerajaan Negeri didalam program kebajikan dan pendidikan masyarakat Orang Asli?

    Kerajaan Negeri telah melaksanakan program dan projek kecil khusus bagi tujuan pembangunan masyarakat Orang Asli di Negeri Di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) bagi anak yang dilahirkan di Selangor untuk mendapat tabungan sebanyak RM1,500.00 pada ketika umur 18 tahun. Selain TAWAS, Kerajaan Negeri juga menyediakan bantuan Hadiah Anak Masuk Universiti sebanyak RM1,500.00 bagi anak-anak Selangor yang ditawarkan pengajian peringkat diploma dan ijazah. Program MES ini adalah bagi seluruh rakyat di Negeri Selangor termasuk anak-anak Orang Asli di Negeri Selangor.

    Dalam hal berkaitan pendidikan, Kerajaan Negeri juga bercadang untuk memperkenalkan biasiswa Sagong Tasi iaitu biasiswa khas untuk anak-anak Orang Asli Negeri Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Industri Selangor (UNISEL).

    Melalui peruntukan pembangunan negeri tahun 2014 berjumlah RM400,000.00, sejumlah RM346,619.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Empat Puluh Enam Ribu Enam Ratus Sembilan Belas Sahaja) telah dibelanjakan bagi membiayai program dan projek pembangunan khusus bagi masyarakat Orang Asli.

  2. Apakah peranan Badan Bertindak Orang Asli Selangor (BBOAS) dan berapakah peruntukan yang telah Kerajaan Negeri disalurkan kepada badan tersebut?

    BBTOAS yang dipengerusikan oleh YB Cik Elizabeth Wong Keat Ping berfungsi sebagai badan untuk menyelesaikan masalah pewartaan tanah yang dialami oleh masyarakat Orang Asli di Selangor serta isu-isu berkaitan pembangunan di kampung-kampung Orang Asli di seluruh negeri Selangor.

    Dalam hal ini, pelantikan BBTOAS adalah mulai tahun 2009 dengan cara menggunakan bayaran secara elaun bulanan kepada lima (5) orang pegawai penyelaras melalui Akaun Amanah Pembangunan Orang Asli.

    Walau bagaimanapun, mulai Januari tahun 2012 seramai 12 orang pegawai penyelaras Sekretariat BBTOAS yang telah dilantik secara contract for service seperti JADUAL 2 berikut:

    JADUAL 2

     

    Bil

     

    Jawatan

     

    Bilangan

    Cadangan Elaun Bulanan (RM) Jumlah (RM)
    1 Pegawai Penyelaras Dasar 1 2,800.00 2,800.00
    2 Penyelaras Daerah

    (Sepang, Gombak/ Petaling/ Hulu Langat dan Kuala Langat)

     

     

    4

     

     

    1,500.00

     

     

    6,000.00

    3 Konsultan 3 2,000.00 6,000.00
    4 Pegawai Penyelidik 4 1,800.00 7,200.00
    JUMLAH 12  
    Jumlah Bayaran Gaji Bulanan 22,000.00
    Jumlah Bayaran Gaji Tahunan 264,000.00

     ( ruangan ini sengaja dikosongkan )

    Sehubungan itu, peruntukan yang telah Kerajaan Negeri salurkan kepada Badan tersebut bagi bayaran gaji dan elaun serta lain-lain perbelanjaan yang berkaitan adalah berjumlah RM994,709.73 (Ringgit Malaysia: Sembilan Ratus Sembilan Puluh Empat Ribu Tujuh Ratus Sembilan Dan Sen Tujuh Puluh Tiga Sahaja) seperti JADUAL 3 berikut:

    JADUAL 3

     

    Bil

     

    Tahun

    Perkara  

    Jumlah (RM)

    Gaji / Elaun (RM) Lain-Lain Perbelanjaan (RM)
    1. 2009 11,533.20 15,870.00 27,403.20
    2. 2010 34,673.35 137,554.10 172,227.45
    3. 2011 24,000.00 55,461.00 79,461.00
    4. 2012 218,600.00 50,800.00 269,400.00
    5. 2013 286,000.00 286,000.00
    6. 2014 160,218.08 160,218.08
    JUMLAH 735,024.63 259,685.10 994,709.73

    ( ruangan ini sengaja dikosongkan )

    Bagi kerja –kerja pengukuran kawasan pemetaan komuniti tanah Adat Orang Asli bagi tempoh Julai 2013 hingga Jun 2014, pihak Badan Bertindak Orang Asli Selangor (BBTOAS) telah membuat pemetaan seluas 1,727.22 ekar bagi 16 buah kampung Orang Asli kepada tanah adat seperti di JADUAL 4 berikut:

    JADUAL 4

    Bil. Nama Kampung Daerah Anggaran Keluasan (ekar)
    1. Kampung Pulau Banting Kuala Langat 187.54
    2. Kampung Tarih Kuala Langat 86.8
    3. Tanah Perkuburan Tarih Kuala Langat 2.51
    4. Kampung Pulau Indah Kuala Langat 289.4
    5. Tanah Kubur Bukit Damar Sepang 1.0
    6. Kampung Jengkuk Sepang Kecil Sepang 46.04
    7. Kampung Ulu Chuchuh Sepang 100.79
    8. Tanah Adat Sepang Kecil Sepang 102.79
    9. Tanah Adat Sepang Kecil Sepang 86.30
    10. Tanah Adat Kebun 46 Sepang 25.65
    11. Tanah Kebun Mualaf Sepang 5.27
    12. Kampung Bangkong Sungai Pelek Sepang 185.52
    13 Kampung Sungai Belankan Sepang 607.61
     

    14

    Kampung Sungai Sg Larah Hulu Selangor Dalam Pelaksanaan
     

    15

    Kampung Tanjung Rambai Genting Peras Hulu Langat Dalam Pelaksanaan
     

    16

    Kampung Air Kuning Petaling Dalam Pelaksanaan
    JUMLAH 1,727.22

Lampiran

Tiada Lampiran.