Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
19) MASJID UMMAH-SENTRIK
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan telah membina banyak masjid. Apakah pelan tindakan kerajaan untuk memastikan agar masjid-masjid benar-benar berfungsi untuk membangunkan khaira ummah?
Pelan tindakan yang diambil bagi memastikan masjid-masjid berfungsi untuk membangunkan khaira ummah:
- Memperkasa pegawai dan jawatankuasa masjid seluruh Selangor untuk menggerak dan mempelbagaikan fungsi masjid sebagai pusat ilmu, pusat tarbiyah, dakwah, kebajikan, sosial, ekonomi dan perpaduan ummah,
- Menggerak dan mengaktifkan fungsi serta peranan masjid bersama NGO Islam, ahli korporat dan ahli kariah,
- Bekerjasama dengan persatuan belia untuk menarik minat remaja/ belia untuk turut hadir ke masjid.
-
Adakah kerajaan telah mengupayakan masjid untuk melatihkan ahli kariah mencapai solat tahap anil fahsya' wal mungkar?
Kerajaan telah mengupayakan masjid untuk melatih ahli kariah mencapai solat tahap anil fahsya’ wal mungkar dengan melaksanakan program seperti;
- Melaksanakan Program Smart Solat Remaja dan Belia di lebih 50 buah masjid di Negeri Selangor setiap tahun,
- Melaksanakan Program Daurah Penghayatan Remaja Islam di 30 buah masjid setiap tahun,
- Melaksanakan Program Tahsin Ibadah Dewasa di kalangan masjid,
- Melaksanakan Program Tahsin Ibadah Solat ketika sakit,
- Pengajian Feqh berkitab melalui guru takmir