Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

16) KUAT KUASA AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) akan berkuat kuasa di Negeri Selangor?

    Seksyen 1(3) Akta 757 memperuntukan dengan jelas Akta ini hendaklah mula berkuatkuasa di setiap Negeri pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Pihak berkuasa Negeri.

    Selaras dengan peruntukan itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), YB Datuk Abdul Rahman Dahlan, telah mengadakan kunjungan hormat pada 23 Oktober 2014 dengan Kerajaan Negeri Selangor iaitu Y.A.B Tuan Mohamed Azmin Ali, Dato’ Menteri Besar Negeri Selangor bagi membincangkan struktur, pelaksanaan dan bidang kuasa pengurusan strata di Negeri Selangor dan seterusnya mendapatkan persetujuan berkenaan penubuhan Tribunal Pengurusan Strata (TPS).

    Tertakluk kepada sebarang perubahan, pihak-pihak bersetuju untuk menetapkan tarikh permulaan penguatkuasaan Akta 757 bermula pada 1 Januari 2015.

  2. Apakah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk penubuhan Tribunal di bawah Akta tersebut?

    Secara dasarnya, selepas penguatkuasaan Akta 757 suatu Tribunal yang dikenali sebagai Tribunal Pengurusan Strata akan ditubuhkan seperti yang diperuntukkan dalam Bahagian IX Akta Keanggotaan Tribunal adalah berdasarkan kepada lantikan Menteri bagi seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan tidak kurang daripada dua puluh anggota lain. Walaubagaimanapun, semasa kunjungan hormat yang diadakan pada 23 Oktober 2014, Dato’ Menteri Besar Selangor telah memohon pertimbangan KPKT untuk membenarkan keanggotaan Tribunal turut diisi oleh wakil kerajaan Negeri Selangor kerana kesan perlaksaan Tribunal ke atas kerajaan negeri secara langsung akan menghadkan kuasa kerajaan negeri dalam proses pendakwaan, medium perbincangan, dan rayuan bagi pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Pesuruhjaya Bangunan (COB).

  3. Berapa lamakah Tribunal tersebut boleh menerima, mendengar dan memutuskan aduan mengenai sesuatu perkara?

    Tindakan sesuatu tuntutan kepada Tribunal adalah bermula selepas pemohon memfailkan tuntutan menggunakan borang dan fi yang ditetapkan di dalam Seksyen 108 Akta Tribunal boleh bersidang pada manamana hari, pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi. Walaubagaimanapun, Seksyen 117 Akta 757 memperuntukkan dengan jelas award hendaklah dibuat tanpa kelengahan, jika dapat dilaksanakan, dalam masa enam puluh (60) hari dari hari pertama pendengaran bermula di hadapan Tribunal.

Lampiran

Tiada Lampiran.