Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
10) MINYAK MASAK TERPAKAI
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa banyak minyak masak terpakai yang telah dikitar semula menjadi biodiesel oleh PBT sejak setiap tahun sejak tahun 2010 sehingga sekarang?
Jumlah minyak masak terpakai yang telah dikitar semula menjadi biodiesel oleh PBT setiap tahun sejak 2010 sehingga sekarang adalah seperti di jadual di bawah :
PBT
NAMA SYARIKAT USAHASAMA JUMLAH KUTIPAN MINYAK MASAK UNTUK BIODIESEL 2010 2011 2012 2013 2014 MBSA 900 1,000 1,200 5,648 5,904 MBPJ
Kris Biofuels Sdn Bhd –
4,000
7,000
36,665
7,200 MPK
Komuniti ‘River Rangers’ – – – 1,637.9 1,850 MPAJ
Kris Biofuels Sdn. Bhd.
– – – 4,581 1,503.9 MPSJ
Fathopes / CGV Industries – 17,300 8,700 6,200 21,829.5 MPS
Kris Biofuels Sdn. Bhd.
– – – 935.5 – MPKj
Intrack Technology (M) Sdn. Bhd. 5,649
–
–
–
–
MPSp
Syarikat Pembinaan Sri Gunung –
–
–
1,162
1,552
MDHS – TIADA PROGRAM MDKL – TIADA PROGRAM MDKS TIADA PROGRAM MDSB TIADA PROGRAM PEJABAT SUK SELANGOR
Kris Biofuels Sdn. Bhd.
TIADA PROGRAM 226.5 JUMLAH (KG) 5,649 21,300 15,700 56,829.4 40,065.9 -
Adakah kerajaan akan menggubal Enakmen yang baru untuk mewajibkan pengusaha-pengusaha makanan mengitar semula menjadi biodiesel?
Kerajaan negeri berhasrat untuk mewajibkan semua premis-premis terutama premis makanan untuk menjalankan kitar semula minyak masak termasuk pengusaha-pengusaha makanan di pasar Kerajaan negeri juga bercadang untuk mewujudkan satu Garis Panduan kitar semula minyak masak sebagai satu panduan di dalam aktiviti kitar semula minyak masak termasuk termasuk mewajibkan pengusaha-pengusaha makanan menyokong aktiviti ini disamping menjaga alam sekitar serta kesihatan orang ramai.
Garis Panduan tersebut juga akan dijadikan sebagai satu landasan pelaksanaan terhadap program kitar semula minyak masak untuk tujuan kegunaan Biodiesel dan bukannya dikatar semula untuk dijadikan minyak masak atau bahan di dalam masakan.