Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

8) HORAS

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek horas

    Data limpahan di River Gate SSP1/Baraj Bestari Jaya menunjukkan penghasilan air di hiliran lembangan Sungai Selangor berpotensi untuk dibangunkan sebagai sumber air terawat dan jika tidak digunakan sebagai sumber air, ia akan terbuang ke sungai dan laut serta boleh meningkatkan risiko

    Justeru itu, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk melaksanakan pembangunan penakungan air larian di hiliran sungai melalui konsep Hybrid Off River Augmentation Storage (HORAS). Sistem HORAS ini akan melibatkan penakungan stormwater dari Sungai Selangor di kawasan tailing ponds atau bekas lombong bijih Bestari Jaya (Batang Berjuntai) yang luas berdekatan dengan UNISEL dan loji rawatan air SSP 1, SSP 2 dan SSP 3. Bagi fasa pertama, projek HORAS yang dikenali sebagai HORAS 600 telah diperkenalkan dan dipantau oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor.

    Komponen utama yang telah dikenal pasti untuk dibangunkan bagi tujuan melaksanakan projek HORAS600 adalah:-

    1. Pembinaan Kolam Takungan HORAS dengan keluasan 166 hektar hingga mencapai kedalaman 23.5 meter dari paras tanah bagi tujuan penyambungan kepada akuifer bawah tanah bagi mendapatkan kapasiti air sejumlah 600

     

    1. Pembinaan Kolam Penapisan (Filter Ponds) bagi mengalirkan air lebihan/air larian (storm water) dari sungai untuk ditakung dalam Kolam Takungan;

     

    1. Kerja-kerja pelindungan tebing kolam takungan menggunakan geo- textiles;

     

    1. Pembinaan stesen mengepam air mentah

     

    Kerajaan Negeri Selangor telah melantik Tetuan Juruperunding Zaaba Sdn. Berhad (JPZ) sebagai perunding bagi menjalankan kajian reka bentuk dan pemantauan projek bagi kerja pembinaan kolam takungan, kolam penapisan (filter ponds) dan ancillary works manakala Tetuan SMHB Sdn. Bhd. telah dipertanggungjawab untuk mereka bentuk dan memantau komponen bagi kerja-kerja pembinaan stesen mengepam air mentah.

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah melantik Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) untuk melaksanakan kerja-kerja pengorekan bagi tujuan pembinaan Kolam Takungan. Kerajaan Negeri Selangor tidak membayar KSSB bagi kerja- kerja pengorekan yang dibuat sebaliknya nilai kerja tersebut di kontra dengan jumlah pasir yang akan dijual oleh KSSB. Kerja-kerja pengorekan oleh KSSB telah bermula semenjak 15 Mac 2014 dan dijangka akan siap pada 30 September 2015.

    Bagi memudahkan pemantauan dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri, projek HORAS600 ini telah dibahagikan kepada tiga (3) fasa seperti berikut dan ianya dilaksanakan secara berperingkat:

    Fasa Tajuk Catatan
     

     

    1

    Cadangan Kerja-Kerja Mengorek Dan Menyiapkan Takungan Melalui Konsep Penakungan Air Larian Di Hiliran Sungai Melalui Konsep Hybrid Off River Augmentation Storage (HORAS) Di Kg Sg Darah, Bestari

    Jaya

     

    Dilaksanakan    oleh KSSB

     

     

     

    2

    Pakej 1 – Cadangan membina dan menyiapkan kerja- kerja pengukuhan tebing sungai dan tebing kolam takungan melalui Konsep Hybrid Off River Augmentation

    Storage (HORAS) Di Kg Sg Darah, Bestari Jaya

     

    Akan ditender

    Pakej 2 – Pembinaan Stesen Pam Air Mentah Kajian reka bentuk dan pemantauan oleh SMHB Sdn.

    Bhd.

     

     

     

    3

    Pakej 1 – Cadangan Kerja-Kerja Mengorek Dan Menyiapkan Takungan Melalui Konsep Penakungan Air Larian Di Hiliran Sungai Melalui Konsep Hybrid Off River Augmentation Storage (HORAS) Di Kg Hang Tuah,

    Mukim Bestari Jaya

     

    Dilaksanakan    oleh KSSB

    Pakej 2 – Cadangan Membina Dan Menyiapkan Muka Sauk, Pembentong Sambungan Dan Kerja-Kerja Berkaitan Untuk Projek Hybrid Off River Augmentation

    Storage (HORAS) Di Kg Hang Tuah, Mukim Bestari Jaya

     

    Akan ditender

    Sehingga 25 September 2014, dilaporkan kemajuan di tapak telah mencapai 19.88% berbanding jadual sebanyak 22.83%. Setakat ini, kerja-kerja pengorekan yang dijalankan oleh KSSB tertumpu kepada kawasan bagi Fasa 1 sahaja. Bagi Fasa 2 dan 3, kerja-kerja masih belum dilaksanakan kerana terlibat dalam proses pengambilan tanah.

     

  2. Sejauh manakah kemampuan projek ini untuk memastikan bekalan air yang stabil di Selangor

    Di bawah Projek Mitigasi 2 yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor menggunakan pinjaman dari Kementerian Kewangan, telah dipersetujui oleh Suruhanjaya Petrkhidmatan Air Negara (SPAN) bahawa Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP 1) dan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3(SSP 3) hendaklah mengeluarkan air terawat melebihi kapasiti reka bentuk antara 10 – 20% (overloading). Bagi memenuhi kehendak pengeluaran secara overloading ini, Kerajaan Negeri Selangor perlu menyediakan sumber air mentah yang mencukupi untuk diproses oleh kedua- dua loji rawatan tersebut.

    Bagi menampung permintaan over loading tersebut dan sebagai langkah persediaan untuk memastikan sumber air mentah mencukupi, Kerajaan Negeri Selangor telah membangunkan projek HORAS600. Berdasarkan kepada data limpahan di Baraj Bestari jaya, adalah didapati sumber stormwater Sungai Selangor adalah mencukupi untuk ditakung ketika berlaku lebihan daripada penggunaan loji-loji di Sungai Selangor. Keupayaan takungan ini dianggarkan mencukupi untuk 4 bulan tanpa aliran dari Sungai Selangor ketika musim kemarau pertengahan tahun.

    Anggaran awal mendapati pengeluaran antara 300 JLH hingga 600 JLH boleh diperoleh dari takungan HORAS berdasarkan kepada keluasan dan kedalaman takungan. Melalui projek ini, air dari sungai yang keruh boleh dijernihkan dengan tempoh pemendapan. Projek ini juga akan ditambah dengan penggunaan kaedah bed filteration yang mana ini boleh mengurangkan proses rawatan air setakat pengendorsan klorin untuk disinfeksi. Kaedah ini dijangka dapat menjimatkan kos CAPEX dan kos operasi loji.

     

    Pembangunan kolam takungan melalui konsep Hybrid Off River Augmentation System (HORAS) sebagai sumber air terawat untuk menakung air larian di hiliran sungai memberi kebaikan antaranya:-

     

    1. Mengurangkan penggantungan sepenuhnya kepada pelepasan air dari empangan;

     

    1. Mengelakkan pembaziran air yang dianugerahkan oleh Allah melalui hujan dengan pengurusan sumber air yang lestari;

     

    1. Mengelakkan risiko banjir di penempatan kawasan hiliran
  3. Apakah faktor-faktor bagi memastikan kejayaan projek ini

    Konsep pembangunan HORAS ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Persekutuan yang telah membincangkan mengenai satu Kertas Makluman bertajuk “Penggunaan Storm Water di hiliran sungai sebagai sumber air terawat” dalam Majlis Mesyuarat Sumber Air (MSAN) yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada 01 November

    Pembangunan takungan air larian di hiliran sungai boleh memberi kesan kepada budaya rakyat dalam mengamalkan sikap tidak membazir kepada sumber air sedia ada dan pada masa yang sama memupuk semangat cintakan alam sekitar di mana rakyat akan menjadi lebih bertanggung jawab dalam menjaga kebersihan sungai-sungai yang merupakan sebahagian dari sumber air mereka.

    Selain itu, pembangunan projek HORAS ini boleh dianggap sebagai insurans Kerajaan Negeri untuk memastikan bekalan air mentah alternatif disediakan. Dengan kerjasama dan penglibatan pelbagai pihak untuk menjayakan pembangunan HORAS ini, Kerajaan Negeri yakin perancangan yang telah dibuat mampu memberi kejayaan kepada projek ini sekaligus membantu mengurangkan kegusaran beberapa pihak akan kekurangan sumber bekalan air mentah di masa akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.