Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
6) KEJADIAN TANAH RUNTUH DI APARTMEN TERATAI BUKIT BERUNTUNG
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah punca-punca yang menyebabkan kejadian tanah runtuh di Apartmen Teratai Bukit Beruntung berlaku?
JKR
- Punca kejadian tanah runtuh adalah disebabkan oleh longkang cerun tidak diselenggara dengan
- Pihak JKR tidak mengetahui pergerakan tanah sebelum kejadian
- Jumlah kos kerja-kerja pembaikan sementara dan penstabilan cerun dengan menggunakan kaedah sheet pile adalah berjumlah RM 485,000.00.
MDHS
- Kejadian pergerakan tanah di lokasi berkenaan adalah disifatkan sebagai suatu keadaan cerun yang telah mulai gagal tetapi belum menyebabkan runtuhan sepenuhnya. Punca sebenar pergerakkan tersebut masih dalam siasatan pihak pakar cerun iaitu Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) JKR namun berdasarkan kejadian di peringkat awal yang dilaporkan, berkemungkinan disebabkan beberapa siri hujan lebat yang telah melanda kawasan berkenaan beberapa hari sebelum hari Berdasarkan pemerhatian pihak MDHS di lokasi, rekahan tanah telah berlaku di sebahagian cerun (bahagian atas) berkemungkinan telah wujud sebelum ini tanpa disedari kerana ditutupi dengan pokok-pokok besar. Air larian permukaan telah memasuki rekahan-rekahan tersebut menyebabkan kandungan air dalam tanah bertambah sehingga memberi tekanan tinggi pada cerun dan menjadi tidak stabil. Berlaku gelungsuran tanah di beberapa bahagian cerun apabila tanah yang berat dengan kandungan air mulai longgar dan bergerak turun dan menghimpit longkang di kaki cerun serta menolak dinding penahan yang diperbuat dari jenis `key stone wall’. Tekanan tanah ini telah merosakkan dinding `key stone wall’ sehingga berubah dari kedudukan asal dimana dinding ini telah dibina oleh Pemaju pada tahun 2009 selepas berlaku runtuhan kecil.
Pembangunan Apartment Teratai ini telah siap dibina oleh Pemaju (tetuan Medan Prestasi S.B) dan diberi CF pada akhir tahun 2003 melibatkan sebanyak 3322 unit rumah kos rendah berkonsep Apartment 5 tingkat di atas sebahagian Lot PT 11041 Mukim Serendah. Terdapat keseluruhan 12 blok yang dibina oleh pemaju dimana 3 blok iaitu Blok J, Blok K dan Blok L berada berdekatan dengan cerun yang bermasalah.
-
Adakah unit cerun pihak MDHS atau JKR mengetahui masalah pergerakan tanah sebelum kejadian berlaku?
Pihak MDHS tidak mengetahui dan tidak menerima apa laporan rasmi berkaitan ancaman tanah runtuh di kawasan berkenaan sebelum kejadian kerana kawasan tersebut masih diselenggara oleh pihak Pemaju yang bertindak sebagai Management Corporation (MC) untuk mengurus kawasan blok apartment yang masih belum memiliki strata title.
-
Senaraikan jumlah kos kerja-kerja pembaikan cerun yang terlibat selepas kejadian berlaku.
Kos bagi kerja-kerja pembaikan cerun oleh pihak CKC adalah berdasarkan kaedah yang digunakan untuk memulih dan membuat pengukuhan cerun bersesuaian pilihan dengan kehendak Kerajaan Negeri dan pada masa ini ia masih dalam proses semakan pihak berkenaan.