Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

3) UNISEL

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah sumber dana Tabung Biasiswa Anak Selangor diperoleh dan manfaatnya kepada UNISEL?

    UNISEL tidak mempunyai Tabung Biasiswa Anak Selangor kerana tabung ini telah diujudkan oleh Pejabat Exco Pendidikan sebagai inisiatif memberi pinjaman kepada anak-anak Selangor yang ingin melanjut pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam atau – http://tkwbns.selangor.gov.my/.Sumber dana adalah daripada Kerajaan Negeri Selangor.

    UNISEL boleh manfaatkan tabung ini jika ianya ditubuhkan bermatlamat untuk membantu anak-anak Selangor di UNISEL yang tidak mampu membayar yuran, dan diberikan dalam bentuk biasiswa atau pinjaman mengikut kelayakan.

  2. Terbelakah nasib pelajar terpaksa berhenti disebabkan kewangan dengan wujudnya tabung ini?

    Tabung ini perlu memasukkan salah satu objektifnya ialah untuk membantu menyelesaikan masalah kewangan pelajar yang tidak mampu membayar yuran secara pinjaman.

  3. Pengurusan bangunan asrama, siapakah yang dilantik dan apakah terma syarat-syarat?

    Pengurusan bangunan asrama – dikendalikan sendiri oleh UNISEL di bawah kolej kediaman UNISEL kampus UNISEL Bestari Jaya;

    UNISEL melantik Encik Muhammad bin Hashim sebagai Pengetua Kolej. Beliau berjawatan Pensyarah Kanan dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Lantikan Pengetua Kolej adalah secara `multi tasking’ – secara kontrak 2 tahun.

    Beliau dibantu oleh Timbalan Pengetua dan Penolong Pengurus secara sepenuh masa.

Lampiran

Tiada Lampiran.