Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
1) MARRIS DAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan negeri akan meningkatkan peruntukan MARRIS untuk projek turapan jalan dan saliran air
Pada masa kini Kerajaan Negeri sedang mengkaji dasar pengagihan peruntukan di bawah Akaun Amanah Kumpulan Wang Penyenggaraan Jalan Negeri Selangor (MARRIS) bagi tahun 2015. Fokus akan diberikan kepada penyelenggaraan jalan dan longkang di tepi jalan yang dibenarkan oleh Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF).
-
Sila nyatakan langkah kerajaan negeri untuk memastikan kualiti projek di bawah MARRIS mematuhi spesifikasi yang ditetapkan
Kerajaan Negeri telah membuat perancangan yang komprehensif seperti berikut:-
- Memastikan semua Jabatan/Agensi Pelaksana memahami keperluan sebenar dalam membuat permohonan pelaksanaan kerja-kerja di bawah MARRIS yang selari dengan Garis Panduan Penyenggaraan Jalan Negeri bagi mempercepatkan proses kelulusan;
- Memastikan semua Jabatan/Agensi Pelaksana mengemaskini data di dalam Sistem MARRIS Online untuk semua jalan di bawah seliaan Jabatan/Agensi Pelaksana;
- Membuat semakan ke atas jalan-jalan yang berdaftar dan tidak berdaftar;
- Mengemaskini rekod perubahan taraf jalan (fokus kepada semakan taraf jalan kerana ia memberi kesan kepada per km jalan yang didaftarkan);
- Memastikan Agensi pelaksana menyediakan perancangan awal untuk suku tahun pertama;
- Selain aktiviti yang dirancang, Jawatankuasa Pentadbiran Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri turut mempertimbangkan permohonan-permohonan tambahan yang selaras dengan skop MARRIS berdasarkan kepada keperluan tambahan; dan
- Penambahbaikan ke atas tatacara pengurusan Kumpulan Wang Penyenggaraan Jalan Negeri ini dibuat dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian di Pihak Kerajaan
-
Adakah kerajaan negeri mempunyai rancangan untuk meluaskan skop peruntukan MARRIS
Kerajaan Negeri sentiasa berpandukan kepada Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri seperti tertakluk pada perenggan 11, Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri Sehubungan itu, Kerajaan Negeri bersedia untuk meningkatkan peruntukan MARRIS tertakluk kepada keupayaan agensi pelaksana manakala kelulusan peruntukan selain daripada jalan dan longkang akan dipertimbang mengikut permohonan atau case by case basis.