Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

235) KAJIAN PANDANGAN AWAM (OPINION POLL)

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa kalikah kajian pandangan awam (Opinion Poll) tentang prestasi kerajaan negeri dijalankan sejak 2008 sehingga kini?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui pejabat YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor telah melakukan kajian “Penilaian tahap kepuasan masyarakat Selangor terhadap prestasi dan penyampaian perkhidmatan Negeri Selangor” atas sebab- sebab berikut:

    • Mendalami pandangan rakyat terhadap prestasi
    • Meneliti penerimaan mereka terhadap dasar, program dan pimpinan Kerajaan Negeri.
    • Memahami keperluan dan masalah yang dihadapi rakyat dari pelbagai aspek termasuk sosioekonomi.

     

    Semenjak 2008, kajian penilaian sebanyak empat (4) kali iaitu pada Jun 2009, Oktober 2010, Mei 2011 dan April 2012 oleh Merdeka Strategic Development Centre. Pejabat YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor sedang mengusahakan kajian dilakukan untuk Ogos 2014.

  2. Nyatakan jumlah kos yang dikenakan mengikut kajian yang dijalankan

    Kos yang dikenakan adalah seperti berikut:

     

    • Jun 2009 RM65,000 (melibatkan sampel 1,500 pengundi berdaftar di Selangor)
    • Mei 2011 RM65,000 (melibatkan sampel 1,500 pengundi berdaftar di Selangor)
    • Oktober 2010 RM155,000 (melibatkan samped 4,500 pengundi berdaftar di Selangor)
    • April 2012  RM85,000  (melibatkan sampel 1,500     pengundi berdaftar di Selangor)

Lampiran

Tiada Lampiran.