Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
216) BELIA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah pendaftaran melalui program Pembangunan Belia Negeri Selangor mengikut pecahan DUN?
Sejak program Pembangunan Belia Negeri Selangor yang dilaksanakan melalui Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dilakukan, kaedah perlaksanaannya hanya dipecahkan mengikut kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dipecahkan mengikut 24 zon pentadbiran di setiap
Pemantauan segala aktiviti dan penglibatan belia hanya berdasarkan zon-zon pentadbiran di bawah PBT tersebut sahaja.
Melalui kaedah itu, tiada kawalan berdasarkan kawasan persempadanan DUN dilakukan oleh PBT.
-
Berapakah jumlah aktiviti PeBT mengikut pecahan DUN pada 2014?
Antara aktiviti atau program PeBT dari bulan Januari hingga Mei 2014 adalah sebagaimana berikut :-
- Karnival Belia bersama Komuniti Daerah Hulu Langat
- Pertandingan Video Senamrobik Bes Sihat
- Kursus Asas Kepimpinan PeBT
- Jelajah Walkathon BES Peringkat Negeri Selangor
- Hari Sukan Antarabangsa Peringkat Negeri Selangor
-
Apakah usaha-usaha kerajaan bagi menambah jumlah ahli belia yang berdaftar agar menyemarakkan lagi aktiviti-aktiviti PeBT?
Kaedah yang digunakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menggalakkan pendaftaran belia di Negeri Selangor antaranya seperti berikut :-
1. Di Peringkat Negeri
- Setiap kali penganjuran apa jua aktiviti belia di peringkat Negeri, kaunter pendaftaran belia dibuka dan semua biodata peserta yang menyertai setiap aktiviti
- Maklumat belia yang diterima daripada pelbagai sumber rasmi termasuklah daripada Program Insentif Perkahwinan Belia dijadikan rujukan untuk pemakluman sebarang aktiviti yang mahu dijalankan oleh Kerajaan.
2. Di peringkat PBT dan PeBT (zon)
- Setiap kali penganjuran apa jua aktiviti belia di peringkat PBT atau zon PeBT, kaunter pendaftaran belia juga dibuka dan semua rekod peserta yang menyertai setiap aktiviti
- Pengerusi PeBT di peringkat zon juga diminta untuk menjalinkan hubungan secara rasmi dengan semua entiti belia yang wujud di dalam kawasan pentadbiran zon PeBT tersebut. Contohnya seperti Kelab Remaja Masjid, Rakan Muda Masjid, Persatuan Belia 4B, RELA, Persatuan Penduduk, Majlis Perwakilan Penduduk, NGO, Persatuan Sukan, atau apa sahaja entiti rasmi yang mempunyai keterlibatan belia di
3. NGO
- Kerajaan Negeri sentiasa membuat hubungan dua hala dengan pelbagai NGO Belia Negeri Selangor. Perjumpaan tahunan dan keterlibatan NGO terbabit dalam pelbagai aktiviti belia di pelbagai peringkat akan direkodkan untuk memudahkan pemakluman sebarang aktiviti berkaitan di masa