Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

206) TEKNOLOGI PERTANIAN MODEN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah teknologi-teknologi baru pertanian yang dapat meningkatkan pendapatan petani Selangor?

    Antara teknologi yang diperkenalkan oleh Jabatan Pertanian meningkatkan hasil golongan petani adalah:

     

    • Pengamalan teknologi ‘Rice Check’ di kawasan penanaman padi , dimana tumpuan diberi kepada :
      • Penggunaan benih CL bagi kawalan padi angin
      • Perataan tanah untuk penapakan dan pengurusan air sawah
      • Pembajaan
      • Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM)
      • Pertanian Lestari (Natural Farming)

     

     

    • Menumpukan penggunaan Teknologi Fertigasi melalui Program pembangunan buah-buahan dan sayur-sayuran. Teknologi ini sesuai dalam keadaan penggunaan tanah yang terhad dan dapat dikawal sepenuhnya operasi pengeluarannya melalui mekanisasi dan

     

     

    • Menggalakkan dan membimbing petani kearah Pertanian Lestari dengan menggunakan Teknologi Natural Farming dengan objektif:
      • Mengurangkan penggunaan bahan agro kimia yang boleh mendatangkan mudarat kepada petani
      • Mengeluarkan hasil pertanian yang berkualiti dan selamat untuk dimakan oleh pengguna Meningkatkan hasil dan pendapatan petani melalui pengurangan penggunaan bahan agro kimia
      • Melestarikan pertanian dan memulihara sumber alam
  2. Adakah Jabatan Pertanian atau PKPS membuat penyelidikan untuk menghasilkan teknologi baru pertanian?

    Agensi yang berperanan dalam menjalankan kajian dan menghasilkan teknologi pertanian di Malaysia adalah MARDI. Namun begitu Jabatan Pertanian berperanan untuk menyampaikan teknologi pertanian yang bersesuaian kepada golongan petani melalui program latihan dan petak promosi yang dilaksanakan di daerah-daerah. Terdapat 50 petak promosi teknologi pertanian dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2014:

     

    Daerah Bilangan Petak Promosi Teknologi
    Sabak Bernam 19
    Kuala Selangor 13
    Hulu Selangor 1
    Klang 2
    Gombak/Petaling 2
    Hulu Langat 6
    Kuala Langat 8
    Sepang 3
    Jumlah 50

     

     

  3. Berapa peratuskah jumlah sumbangan hasil sumber pertanian kepada pendapatan Kasar negeri bagi tahun 2012 hingga 2013?

    Merujuk kepada data statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, sumbangan hasil sumber pertanian kepada pendapatan kasar (KDNK) negeri Selangor bagi tahun 2012 adalah sebanyak 7%.

     

     

    Maklumat Tambahan:

     

    Data 1.7% KDNK pertanian ini turut meliputi sumbangan dari aktiviti perikanan, penternakan dan juga tanaman komoditi seperti getah dan kelapa sawit.

     

    Merujuk kepada data statistik Jabatan Pertanian

    Peratus Sara Diri Negeri Selangor Mengikut Komoditi Utama

      Bil Komoditi Penggunaan Per Kapita

    (kg/orang/ tahun)

    Penggunaan Penduduk Selangor (tan/tahun) Pengeluaran Selangor

    (tan/ tahun)

    % Sara Diri Negeri (SSL)

    2013

    Sasaran

    % Sara Diri Negeri (SSL)

    2014

     
      i. Beras 79.1 422,825 129,071.4 30.53 30.65  
      ii. Buah 93.4 499,265 106,623.0 21.36 21.43  
      iii. Sayur 56.2 300,414 83,093.00 27.66 27.96  
      iv. Kelapa 18.8 100,494 104,421.60 103.91 104.48  
      Purata Peratus Sara Diri Negeri 45.87 46.13  

     

Lampiran

Tiada Lampiran.