Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

196) KESAN CUKAI GOODS & SERVICES TAX (GST) TERHADAP EKONOMI NEGER

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah jangkaan kesan positif dan negatif kepada ekonomi negeri bila cukai GST mula diperkenalkan tahun depan?

    Secara dasarnya GST atau Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) merupakan salah satu langkah yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan dalam menyusun semula struktur sistem percukaian yang sedia ada. GST bukan merupakan cukai baru tetapi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada agar lebih sistematik. Sebanyak 160 buah negara telah melaksanakan GST ataupun 83% kepada negara dalam dunia telah melaksanakan

     

    Jangkaan kesan – kesan perlaksanaan GST adalah seperti berikut;-

    1. Kesan kepada Ekonomi;-
      • Jumlah eksport akan meningkat
      • Peningkatan ekonomi melalui aktiviti pelancongan melalui Tourist Refund Scheme
      • Menggalakkan pertumbuhan dalam industri sokongan

     

    1. Kesan kepada Pengguna:-
      1. Impak minima ke atas Indeks Harga Pengguna (CPI)
        1. GST akan menggantikan Cukai Jualan & Perkhidmatan (CJP) dan kadar GST adalah lebih rendah berbanding CJP
        2. GST ke atas input boleh dituntut dan tidak lagi dianggap sebagai kos kepada perniagaan
    • Tiada GST bagi barangan keperluan asas
    1. Sektor utama dikecualikan daripada GST
    2. Nilai ambang yang lebih

     

    1. Kesan kepada syarikat IKS
      1. Kos pematuhan
        1. Kos pematuhan dijangka tidak memberi kesan langsung kerana kurangnya birokrasi.
        2. GST bukan kos kepada perniagaan
    • Nilai ambang yang lebih tinggi dan peniaga kecil dikecualikan daripada berdaftar di bawah GST

     

    1. Aliran tunai perniagaan
      1. Input boleh dituntut walaupun bayaran ke atas pembelian belum dibuat melalui kaedah perakaunan berasaskan invois dan tempoh bercukai
      2. Tiada pemadanan antara input dan output. Ini membolehkan semua perolehan boleh dituntut dengan cepat dan

     

    1. Kesan kepada Aktiviti Pelaburan
      1. Barangan dan perkhidmatan lebih kompetitif di pasaran luar negara
      2. GST bukan merupakan kos kepada pelabur / peniaga kerana semua input layak untuk dituntut samada secara langsung atau tidak langsung.
      3. Skim khas untuk meminimakan beban aliran tunai
      4. Tempoh pembayaran balik yang

     

    Apabila GST dilaksanakan ianya dijangkakan mampu mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan aktiviti import dan eksport dan secara langsung dan memberi kesan positif kepada pertumbuhan sektor lain.

     

  2. Apakah GST akan memberi kesan negatif kepada rakyat Selangor?

    GST adalah inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dan secara langsung akan memberi kesan kepada harga barangan dan ini akan memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk rakyat

     

    Antara kesan negatif akibat perlaksanaan GST seperti;-

     

    1. GST yang akan dilaksanakan melibatkan sebahagian besar barangan dan perkhidmatan dikenakan cukai. Walaupun kadar yang ditetapkan lebih rendah tetapi akan lebih banyak perbelanjaan dicukai berbanding sekarang.

     

    1. Syarat pematuhan yang lebih ketat meningkatkan kos kepada peniaga dan secara langsung memberi kesan kepada harga barangan atau perkhidmatan.

     

    1. GST juga akan menyebabkan berlakunya peningkatan harga barangan dan menyebabkan berlakunya kadar

Lampiran

Tiada Lampiran.