Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
187) IKLAN TIDAK MENGGUNA BAHASA MELAYU
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan tindakan bagi menangani papan iklan yang tidak menggunakan bahasa Melayu di setiap PBT?
Antara tindakan PBT bagi menangani papan iklan yang tidak menggunakan Bahasa Melayu adalah:-
- Mengenakan denda / kompoun di bawah Undang-Undang Kecil Iklan 2007; dan
- Mengarahkan penurunan secara terus atau penghapusan mana-mana iklan termasuklah mana-mana struktur yang didirikan
-
Apakah prosedur kelulusan iklan dari sudut penggunaan bahasa?
Prosedur kelulusan iklan dari sudut penggunaan bahasa adalah:-
Semua permohonan lesen/permit iklan depan premis dan iklan sementara bunting dan sepanduk perlu mendapatkan terlebih dahulu pengesahan bahasa dari Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) sebelum permohonan tersebut diproses. Syarat-syarat untuk mendapatkan pengesahan bahasa dari DBP dinyatakan di dalam borang permohonan lesen iklan dan permit iklan sementara;
Mematuhi syarat-syarat visual iklan dibawah Undang-Undang Kecil Iklan 2007