Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
186) BENTENG PENGHALANG PASIR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan bilakah pihak JPS akan memanjangkan benteng penghalang pasir di Pantai Redang Bagan Sekinchan bagi menghalang pasir daripada terus masuk ke muara Sungai Sekinchan ?
Struktur sepanjang lebih kurang 100 meter yang juga merupakan benteng batu bagi menghalang pasir dari masuk ke muara di Pantai Redang Bagan Sekinchan telah dilaksanakan dan memberi impak yang positif kepada pihak nelayan yang menggunakan muara sungai tersebut sebagai laluan keluar masuk ke laut. Walau bagaimanapun ukuran panjang struktur ini masih tidak mencukupi untuk menghalang terus pasir dari masuk ke muara. Pihak JPS ada membuat perancangan untuk meneruskan benteng batu tersebut tetapi peruntukan yang diterima tidak cukup dan hanya mampu untuk menyelenggara banteng pantai yang lebih terdedah kepada hakisan yang
-
Sila nyatakan apakah kaedah penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang bagi mengatasi masalah lambakan pasir di muara Sungai Sekinchan ?
Masalah lambakan pasir yang berlaku di muara Sungai Sekinchan adalah berpunca daripada kejadian semulajadi arus ombak yang menyumbang muara sungai menjadi semakin sempit dan cetek. Oleh yang demikian, pihak JPS mengambil tindakan penyelesaian segera dengan melaksanakan kerja-kerja pengorekan muara sungai bagi membantu pihak nelayan keluar masuk ke laut dengan lancar. Kerja-kerja pengorekan muara ini telah dilakukan oleh pihak JPS dengan menggunakan peruntukan khas persekutuan pada tahun 2013 dan ianya memberi kesan yang positif kepada para
Bagi penyelesaian untuk jangka panjang, pihak JPS bercadang untuk membina benteng batu atau ‘groyne’ mengikut rekabentuk dan corak aliran ombak bagi tujuan menghalang pasir dan lumpur ke kawasan muara tersebut. Pembinaan struktur ini memerlukan peruntukan yang lebih besar.