Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
183) MASALAH SOSIAL
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah kategori masalah sosial yang dikenal pasti dan nyatakan statistiknya mengikut DUN dan daerah?
Kategori masalah sosial yang dikenal pasti dan nyatakan statistiknya mengikut DUN dan daerah?
- Masalah sosial yang dikenal pasti adalah seperti berikut :
- Penagih Dadah ( Orang Kena Pengawasan)
- Rogol
- Sumbang Mahram
- Cabul
- Kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah (di bawah 18 tahun)
- Kes pesalah muda (18 hingga 21 tahun)
- Isu Keganasan Rumah Tangga
Statistik mengikut DUN tidak mempunyai rekod dan hanya statistik pada tahun 2013 mengikut daerah diperolehi seperti jadual di bawah :
DAERAH Penagih Dadah Rogol Sumbang Mahram Cabul Jenayah Melibatkan Kanak- kanak Pesalah Muda Keganasan rumah tangga Gombak 700 37 42 72 38 18 Kuala Selangor 247 20 1 19 28 2 3 Kuala Langat 194 17 1 25 23 3 7 Sepang 206 24 1 43 46 21 3 Petaling 969 97 7 99 248 106 95 Klang 958 47 2 49 97 20 6 Sabak Bernam 260 14 1 9 33 10 0 Hulu Selangor
359 36 1 7 28 3 1 Hulu Langat 1545 73 7 76 158 84 64 JUMLAH 5438 365 22 369 733 287 197 ** Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan
-
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan gejala ini berlaku dan berleluasa?
- Kurang Didikan Agama
Agama dan kepercayaan mengajar penganutnya untuk melakukan kebaikan. Kurangnya pengetahuan agama akan mendorong masyarakat terutamanya golongan muda untuk melakukan perbuatan tanpa halangan. Tanpa pengetahuan agama yang menyeluruh ia akan menyebabkan golongan masyarakat tidak mampu membezakan kebaikan serta keburukan terhadap setiap perbuatan yang dilakukan.
- Ibu bapa yang sibuk bekerja
Ibu bapa yang sibuk bekerja dan aktif dalam aktiviti sosial menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang
bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.
- Sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kelakuan dan pergaulan anak remaja
Ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kelakuan dan pergaulan anak- anak atau kurang kawalan akan membawa kepada kejadian yang tidak diingini. Golongan remaja khususnya yang bebas bergaul tanpa batasan akan mudah melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan nilai budaya dan pegangan agama semata-mata untuk mencari keseronokan termasuklah melakukan jenayah .
- Pengaruh Media Massa/Internet
Pengaruh media massa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui media masa dan internet seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh yang kurang sihat ini.
- Pengaruh Rakan Sebaya
Rakan sebaya juga dilihat memainkan faktor penting dalam mempengaruhi kanak-kanak untuk melakukan perbuatan jenayah. Rakan sebaya mempunyai faktor penarik yang kuat untuk melakukan perkara dan aktiviti secara bersama kerana mereka saling memahami keperluan dan kehendak satu sama lain.
- Keciciran Dari Sekolah
Keciciran dari alam persekolahan juga turut menyumbang remaja melakukan aktiviti jenayah. Ini kerana masa yang sepatutnya dihabiskan di bangku sekolah tidak digunakan dengan sebaik mungkin. Bagi kanak-kanak yang tercicir dari arus perdana, mereka akan lebih suka membuang masa dengan melepak dan melakukan perbuatan yang tidak berfaedah.
- Faktor Kemiskinan
Faktor kemiskinan turut mengundang seseorang untuk melakukan jenayah. Demi meneruskan kehidupan terdapat sesetengah daripada mereka yang terpaksa mencuri dan meragut beg tangan bagi mendapatkan wang. Dalam keadaan tertekan, risiko diletakkan di belakang.
-
Sejauh manakah inisiatif kerajaan negeri membanteras masalah sosial melalui konsep amar makruf, nahi munkar?