Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

174) TANAH RIZAB MELAYU

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah keluasan Tanah Rizab Melayu di Selangor sehingga sekarang mengikut hakmilik, kategori kegunaan tanah dan daerah?

    Keluasan keseluruhan Tanah Rizab Melayu di Selangor sehingga Mei 2014 adalah sebanyak 395,946.50 ekar. Daripada jumlah tersebut, seluas 11,453.828 ekar telah telah ditukar syarat dan dikeluarkan hakmilik (4,423 hakmilik). Pecahan hakmilik mengikut kategori kegunaan Tanah Rizab Melayu ini adalah seperti berikut:

     

     

    DAERAH

    KATEGORI TANAH  

    JUMLAH

    PERTANIAN BANGUNAN PERUSAHAAN TIADA
    Klang 1 1,284 2 122 1,409
    Kuala Langat 95 155 0 11 261
    Kuala Selangor 15 121 1 24 161
    Sabak Bernam 328 573 9 4 914
    Hulu Langat 8 79 0 18 105
    Hulu Selangor 6 17 0 13 36
    Petaling 0 1 0 0 1
    Gombak 1 339 13 0 353
    Sepang 13 1,154 1 15 1,183
    JUMLAH 467 3,723 26 207 4,423

    Sumber : Sistem Pengurusan Tanah Bersepadu (SPTB)

     

  2. Apakah dasar dan rancangan kerajaan untuk membangunkan tanah-tanah ini?

     

    Kerajaan Negeri sentiasa merancang untuk memajukan Tanah Rizab Melayu agar ianya lebih tersusun dan mempunyai nilai tinggi. Berikut adalah strategi pelaksanaan dalam membangunkan Tanah Rizab Melayu, iaitu :

     

    Tanah Rizab Melayu akan dibangunkan dan dimajukan seperti tanah- tanah bukan rizab melayu selagi ianya tidak bercanggah dengan kehendak undang-undang, iaitu Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan, Enakmen Rizab Melayu (FMS. Cap 142), Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 dan dasar-dasar Kerajaan Negeri yang ditetapkan mengikut Pekeliling PTGS Bilangan 3 Tahun

     

    • Walaubagaimanapun, sesuatu pembangunan sekiranya hendak dijual mestilah kepada 100% orang melayu sahaja dan tidak boleh dijual, dipajak atau digadai kepada orang bukan

     

    • Memberi keistimewaan ke atas pembangunan Tanah Rizab Melayu, di mana Kerajaan Negeri tidak mengenakan syarat pembangunan tanah bagi keluasan 10 ekar dan ke atas kerana kebanyakan Tanah Rizab Melayu hanya 3-5 ekar sahaja. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan pembangunan Tanah Rizab Melayu yang melebihi keluasan berkenaan berdasarkan Program Rumah

     

    • Mengenakan premium ke atas Tukar Syarat Tanah berdasarkan Kaedah Tanah Selangor 2003 dan diberi potongan harga 50%.

     

    • Memberi perhatian yang serius ke atas penggantian baki keluasan Tanah Rizab Melayu yang telah dibatalkan dan masih belum diganti agar jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu kekal seperti jumlah asal, iaitu 395,946.50 ekar.

Lampiran

Tiada Lampiran.