Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
165) PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah ada berteknologi tinggi baru yang digunakan untuk pelupusan sisa pepejal di setiap PBT?
Pelbagai teknologi tinggi baru boleh didapati di pasaran luar antarannya teknologi “Material Recovery Facility” (MRF), Loji Pengkomposan atau “Waste to Energy Plant” (WTE). Kebanyakan teknologi ini merupakan satu sistem sokongan bagi mengitar semula sisa buangan, penghasilan baja serta penghasilan sumber tenaga elektrik. Sistem sokongan ini dapat memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sampah malah dapat mengurangkan kebergantungan penggunaah tapak pelupusan sisa pepejal. Teknologi ini boleh dibangunkan di mana-mana kawasan mengikut kesesuaian sumber sisa pepejal yang akan dilupuskan. Namun begitu ia tertakluk kepada kelulusan Jabatan Alam Sekitar, iaitu hasil daripada kajian “Detail Environment Impact Accessment” (DEIA) yang dijalankan; keluasan tanah yang diperlukan dan anggaran kos pembinaan.
-
Nyatakan Standard Operation Procedure dalam pelupusan sisa pepejal berbahaya?
Setakat ini PBT hanya memberi perkhidmatan kutipan sampah domestik sahaja. Bagi pelupusan sisa pepejal berbahaya/berjadual, pihak berkenaan perlu berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar dan melantik kontraktor pelupusan sendiri.
-
Berapa kos penyelenggaraan sisa pepejal yang ditanggung setiap PBT 2008 2014?