Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

160) RANCANGAN PENGURUSAN AIR MUSIM KEMARAU

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan semua sumber air mentah yang telah dikenal pasti oleh kerajaan negeri untuk menghadapi musim kemarau.

    Senarai semua sumber air mentah (kolam alternatif) yang telah dikenal pasti oleh kerajaan Negeri untuk menghadapi musim kemarau adalah seperti di Lampiran I

  2. Nyatakan kapasiti sumber air mentah tersebut

    Kapasiti sumber air di atas adalah seperti di Lampiran

  3. Sila bekalkan technical feasibility report untuk setiap sumber air emntah tersebut

    Tiada kajian technical feasibility report untuk setiap sumber air tersebut. Kolam- kolam tersebut telah dikenalpasti oleh Pasukan Petugas Sumber Air Alternatif melalui kriteria berikut:

    1. Keluasan kolam melebihi 10 hektar

     

    1. Kedalaman kolam melebihi 5 meter

     

    • Kualiti air kolam mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
    1. Kolam berada di dalam tanah kerajaan negeri atau tanah-tanah milikan syarikat kerajaan

Lampiran

Tiada Lampiran.