Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
150) SEWAAN DEWAN DAN PREMIS DI BAWAH SUK DAN UPEN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah polisi berkenaan menyewakan dewan dan premis SUK kepada orang awam?
Polisi berkenaan menyewakan dewan dan premis SUK kepada orang awam adalah seperti di LAMPIRAN C.
-
Berapakah hasil yang diperolehi daripada sewaan setahun?
Di bawah seliaan SUK:
Syarat-syarat yang dikenakan kepada penyewa (sewaan Dewan) bagi Tahun 2012 adalah sebanyak RM282,965.00 manakala bagi Tahun 2013 adalah sebanyak RM307,545.00.
Di bawah seliaan UPEN:
Di bawah Seksyen Sektoral, UPEN, hanya terdapat 2 premis yang di tawarkan untuk penyewaan iaitu kiosk perniagaan di Giant Seksyen 13 Shah Alam dan juga lot kedai di Kuarters Seksyen 16. Kesemua premis tersebut dikenali sebagai lot Pasar Seri. Hasil yang diperolehi daripada sewaan setahun (2013) bagi kedua-dua Pasar Seri tersebut adalah sebanyak RM117,600 setahun (Pasar Seri Kuarters Seksyen 16: RM9,600.00 dan Pasar Seri Giant Seksyen 13 Shah Alam: RM108,000.00. Pecahan terperinci hasil sewaan adalah seperti berikut:-
Pasar Seri Kuarters Seksyen 16:
Kadar sewaan adalah RM800.00 / bulan.
Hasil setahun (2013) : RM800.00 / bulan x 12 bulan = RM9,600.00
Pasar Seri Giant Seksyen 13 Shah Alam RM500.00 / unit / bulan.
Jumlah unit keseluruhan : 24 unit
Jumlah unit yang mempunyai penyewa: 18 unit
Hasil sebulan : RM500.00/bulan x 18 unit = RM9,000.00
Hasil setahun ; RM9,000.00/bulan x 12 bulan = RM108,000.00
-
Apakah syarat-syarat yang dikenakan kepada penyewa?
Syarat-syarat yang dikenakan kepada penyewa (bagi sewaan dikendalikan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan) adalah seperti di LAMPIRAN C. Manakala syarat-syarat yang dikenakan kepada penyewa (bagi sewaan dikendalikan oleh UPEN) adalah seperti berikut:
Pasar Seri Kuarters Seksyen 16
Pasar Seri Giant Seksyen 13 Shah Alam
- Penyewa adalah tertakluk kepada segala syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Pasar Besar Giant Seksyen 13, Shah Alam.
- Kontrak penyewaan adalah selama dua (2) tahun. Walau bagaimanapun, pentadbiran ini berhak menamatkan kontrak penyewaan pada bila-bila sahaja tanpa sebarang
- Kadar sewa yang dikenakan adalah sebanyak RM 500.00 sebulan untuk satu unit kiosk. Setiap peniaga hanya dibenarkan menyewa satu kiosk sahaja.
- Bayaran sewa hendaklah dibuat sebelum atau pada 5 haribulan pada setiap bulan ke Seksyen Sektoral, Tingkat 5, Bangunan SSAAS, Shah Alam, Selangor. Bayaran hanya secara
- Waktu beroperasi adalah dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari termasuk cuti umum dan am. Kontrak sewaan akan ditamatkan serta merta sekiranya didapati gagal beroperasi seperti waktu yang ditetapkan sebanyak dua (2)
- Pihak Tuan/Puan juga perlu memastikan pekerja bagi menjalankan urusan jual beli dan menjaga kiosk
- Pihak Tuan/Puan juga tidak dibenarkan membuat sebarang pengubahsuaian ke atas kiosk
- Pihak Tuan/Puan juga tidak dibenarkan memasak dan perlu memastikan kiosk sentiasa kemas dan
- Kontrak sewaan ini adalah selama 5 tahun tertakluk kepada syarat-syarat yang
- Kadar sewa yang akan dikenakan adalah sebanyak RM800.00 sebulan dan kajian semula kadar sewa akan dibuat setiap setahun
- Bayaran pendahuluan sebanyak 2
- Kadar sewa tidak termasuk bil-bil utiliti, lesen perniagaan dan kerja-kerja penyelenggaraan.
- Sebarang kerja-kerja penambahbaikkan atau pengubahsuaian yang hendak dibuat mestilah mendapat kelulusan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri tidak akan menanggung kos-kos bagi kerja-kerja penambahbaikkan atau pengubahsuaian yang dibuat oleh
- Segala peralatan yang disediakan di premis Pasar Seri adalah hak milik Kerajaan Negeri dan pihak penyewa tidak dibenarkan menjual atau melupuskan peralatan berkenaan tanpa kelulusan Kerajaan
- Pihak penyewa perlu mengambil polisi insuran
- Kerajaan Negeri tidak bertanggungjawab di atas segala kerugian yang dialami oleh pihak
- Penyewa perlu memasarkan sekurang-kurangnya 10 peratus produk keluaran industri kecil dan sederhana (IKS) Selangor di Pasar Seri berkenaan.
- Barangan yang dijual hendaklah pada harga yang
- Kerajaan Negeri boleh menamatkan kontrak penyewaan pada bila-bila masa.
- Lanjutan kontrak akan dibuat berdasarkan prestasi pengurusan dan bayaran sewaan yang
- Penyewa perlu mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa
- Penyewa tidak dibenarkan menjual barang-barang yang
- Penyewa dilarang menyewakan ruang di dalam atau di luar Pasar Seri kepada individu
- Semua bayaran sewaan dan bayaran-bayaran lain yang dikenakan hendaklah dibayar ke dalam Akaun Tabung Amanah Pasar Seri 1217- 0016094-05-3.
- Bayaran sewa hendaklah dijelaskan sebelum atau pada 5 haribulan pada setiap bulan.
- Penyewa perlu mengemukakan dua (2) bulan notis sekiranya hendak menamatkan kontrak sewaan.
- Penyewa perlu memberi kerjasama sekiranya diminta menyediakan laporan.
- Kerajaan Negeri berhak meminda syarat dan peraturan penyewaan ini berdasarkan keperluan.