Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

134) LEBUHRAYA BERTINGKAT SUNGAI BESI – ULU KELANG (SUKE) DAN LEBUHRAYA BERTINGKAT DAMANSARA – SHAH ALAM (DASH)

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah pemaju lebuhraya ini telah mengemukakan permohonan rasmi kepada MTES?

    Pihak konsesi PROLINTAS Sdn. Bhd. telah membentangkan cadangan jajaran Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara – Shah Alam (DASH) kepada Pihak Berkuasa Negeri pada 12 April 2012, dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) 14/2012 yang bersidang pada 18 April 2012 telah bersetuju secara dasarnya bagi melakarkan jajaran Lebuhraya SUKE ke dalam Pelan Rancangan Tempatan MPAJ dan MPKj, manakala Lebuhraya DASH ke dalam Pelan Rancangan Tempatan MBSA dan

     

    Hasrat Kerajaan Negeri Selangor adalah supaya semua pihak yang terlibat termasuk orang awam dapat dilibatkan dalam pelaksanaan Lebuhraya SUKE dan DASH melalui maklumbalas dan cadangan yang dikemukakan melalui beberapa siri Town Hall Meeting yang telah diadakan di Pihak Berkuasa Tempatan.

  2. Senaraikan semua syarat yang perlu dipatuhi oleh pemaju sebelum projek ini mendapat kelulusan daripada Kerajaan Selangor?

    Kerajaan Negeri telah memaklumkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) terhadap sebarang bentuk pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam haruslah mengikut kepada kriteria dan prinsip yang telah ditetapkan. Antara syarat-syarat yang telah digariskan adalah seperti berikut :-

     

    Memandangkan Kerajaan Persekutuan memberi jaminan bagi kutipan tunai tol, klausa perlu dimasukkan iaitu apabila kutipan dan keuntungan telah mencapai sasaran (projection), projek perlu diserahkan kepada kerajaan. Ini termasuk penamatan tempoh konsesi jika pulangan yang diunjurkan dicapai lebih awal; dan

     

    Pada masa yang sama dan bagi memastikan pengagihan keuntungan projek yang adil (equitable) maka klausa untuk downside perlu diadakan jika sasaran tidak tercapai. Dua (2) jenis pulangan perlu dinyatakan di dalam perjanjian konsesi berkaitan pembinaan lebuhraya ini iaitu construction return dan equity return.

  3. Senaraikan semua dokumen yang telah diserahkan oleh pemaju kepada Kerajaan Selangor sehingga sekarang?

    Sehingga kini, pihak konsesi PROLINTAS Sdn. Bhd. telah mengemukakan beberapa dokumen kepada Pihak Berkuasa Negeri seperti yang berikut :-

     

    Pelan Pengambilan Tanah di bawah Seksyen 4, Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 dan ianya telah diwartakan pada 22 Oktober

     

    Laporan Environment Impact Assesment (EIA) kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dan ianya telah diluluskan pada 21 November

Lampiran

Tiada Lampiran.