Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

131) ORANG KURANG UPAYA

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan statistik jumlah Orang Kurang Upaya di Selangor mengikut DUN dari 2010-2014?

    Bermula dari tahun 2010 sehingga April 2014 seramai 40,537 OKU telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor. Senarai jumlah OKU yang berdaftar di Selangor mengikut DUN dari 2010 hingga April 2014 adalah seperti berikut :-

     

    BIL DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN OKU (ORANG)
    1. Sungai Air Tawar 206
    2. Sabak 554
    3. Sungai Panjang 721
    4. Sekinchan 422
    5. Hulu Bernam 324
    6. Kuala Kubu Bharu 545
    7. Batang Kali 1,273
    8. Sungai Burong 498
    9. Permatang 308
    10. Bukit Melawati 419
    11. Ijok 553
    12. Jeram 761
    13. Kuang 210
    14. Rawang 1,368
    15. Taman Templer 356
    16. Batu Caves 2,043
    17. Gombak Setia 244
    18. Hulu Kelang 203
    19. Bukit Antarabangsa 136

     

    20. Lembah Jaya 1,119
    21. Cempaka 296
    22. Teratai 129
    23. Dusun Tua 463
    24. Semenyih 924
    25. Kajang 3,321
    26. Bangi 528
    27. Balakong 302
    28. Seri Kembangan 1,050
    29. Seri Serdang 1,027
    30. Kinrara 913
    31. Subang Jaya 1,035
    32. Seri Setia 830
    33. Taman Medan 1,372
    34. Bukit Gasing 344
    35. Kampung Tunku 193
    36. Damansara Utama 724
    37. Bukit Lanjan 423
    38. Paya Jaras 634
    39. Kota Damansara 855
    40. Kota Anggerik 1,142
    41. Batu Tiga 850
    42. Meru 885
    43. Sementa 906
    44. Sungai Pinang 414
    45. Selat Klang 648
    46. Pelabuhan Klang 929
    47. Pendamaran 737
    48. Kota Alam Shah 670
    49. Seri Andalas 1,409
    50. Sri Muda 720
    51. Sijangkang 555
    52. Teluk Datok 850
    53. Morib 441
    54. Tanjung Sepat 160
    55. Dengkil 815
    56. Sungai Pelek 780
    JUMLAH 40,537

     

  2. Apakah bentuk bantuan berterusan yang diberikan kepada golongan Orang Kurang Upaya?

    menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada golongan OKU yang berdaftar di Negeri Selangor. Bagi golongan OKU yang berpotensi untuk memajukan diri, Geran Pelancaran telah disediakan kepada mereka untuk terus menceburi bidang perusahaan atau perniagaan kecil. Geran ini akan diberikan secara one- off dan mereka akan dibimbing untuk berjaya dalam bidang

     

    Selain dari Geran Pelancaran, pihak Jabatan Kebajikan Masyakat Negeri Selangor juga turut memberi bantuan lain kepada golongan ini untuk memastikan mereka dapat menjalani kehidupan yang sempurna. Di antara bantuan tersebut adalah seperti berikut :-

     

    1. Elaun Pekerja Cacat (EPC);
    2. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar dan Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
    • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB); dan
    • Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT/S)

     

    Di samping itu, bantuan dari aspek perkhidmatan jagaan, pemulihan, latihan di institusi dan juga program bersama dengan komuniti setempat turut disediakan kepada golongan OKU melalui program-program di 43 buah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan 2 buah Taman Sinar Harapan yang terdapat di Negeri Selangor.

     

  3. Senaraikan program yang dijalankan untuk golongan Orang Kurang Upaya dari 2010 - 2014?

    Setiap tahun Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap kebajikan telah menyediakan pelbagai bentuk program kepada golongan OKU. Program berbentuk bimbingan kemahiran seperti bengkel latihan menjahit aksesori merupakan salah satu dari program pembangunan OKU yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan bimbingan kepada mereka mempelajari seni kemahiran yang mudah disamping dapat membantu menambah

    Begitu juga dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor yang menyediakan perkhidmatan Job Coach sebagai salah satu inisiatif sokongan pekerjaan kepada golongan OKU. Job Coach berperanan sebagai penghubung antara majikan dengan pekerja OKU serta bertindak membantu mereka membuat penyesuaian kepada persekitaran kerja dengan mengambil kira keupayaan OKU agar dapat bekerja dalam keadaan selesa dan produktif. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor juga telah menyediakan latihan berkaitan dengan Job Coach kepada petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Selangor untuk menggalakkan lebih ramai golongan OKU bekerja dengan menyediakan elaun kepada pembimbing Job Coach tersebut disamping menyertai kempen kerjaya dan padanan pekerjaan yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia.

     

    Selain daripada itu, Sambutan Hari OKU juga turut diadakan setiap tahun di peringkat Negeri Selangor bagi memberi pengiktirafan kepada OKU dan sebagai kesedaran kepada masyarakat mengenai keperluan pembangunan OKU dan juga kemudahan-kemudahan yang diberikan oleh kerajaan kepada OKU dan juga majikan.

     

     

    Di samping itu juga, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor juga kini melaksanakan Kempen Pendaftaran Kad OKU bagi memberi kesedaran kepada OKU untuk membuat pendaftaran dan menukar kad lama kepada yang baru di sepanjang tahun yang melibat tujuh (7) kategori, iaitu :-

    1. OKU Penglihatan
    2. OKU Pendengaran
    3. OKU Fizikal
    4. OKU masalah Pembelajaran
    5. OKU Mental
    6. OKU Pertuturan
    7. Pelbagai

Lampiran

Tiada Lampiran.