Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
127) PERUMAHAN BUKIT BOTAK (SELAYANG MUTIARA)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah statistik terkini status kemasukan dan permohonan serta pembiayaan perumahan Bukit Botak?
Setakat 15.5.2014 seramai 1,193 peserta telah ditawarkan rumah di projek Perumahan Bukit Botak. Status terkini semua peserta tersebut adalah seperti berikut :-
Bil. Perkara Jumlah Peserta Peratus 1. Telah menerima kunci rumah 509 43 % 2. Akan menerima kunci dalam masa terdekat sebaik sahaja pihak bank melepaskan pinjaman yang diluluskan 151 13 % 3. Dalam proses pindahmilik 172 14 % 4. Telah lulus pinjaman dan belum bayar perbezaan 47 4 % 5. Sedang mendapatkan pinjaman 252 21 % 6. Tawaran baru 49 4 % 7. Serah semula kepada PKNS 13 1 % -
Bagaimanakah status penawaran pembiayaan yang ditawarkan oleh kerajaan negeri bagi pemilik Bukit Botak yang tidak mendapat sebarang pembiayaan dari pihak bank?
PKNS tidak dapat menjawab soalan ini kerana melibatkan keputusan Kerajaan Negeri.