Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
120) USAHAWAN BUMIPUTERA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan dengan terperinci jumlah usahawan Bumiputera yang berdaftar di Negeri Selangor mengikut bidangnya?
Jumlah keseluruhan usahawan yang telah dibantu di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Selangor dan agensi-agensi, anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor dan jabatan-jabatan berkaitan seperti MiMBAR, SKIMSEL, Bahagian Pembangunan Usahawan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Unit-unit Industri Asas Tani dan Industri Asas Ternakan Jabatan Pertanian Negeri Selangor dan Pejabat Pertanian Daerah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah dan Jabatan Perikanan Negeri dan Pejabat Perikanan Daerah adalah seramai 10,797 orang. Senarai usahawan yang telah di bantu adalah seperti di Lampiran
-
Apakah program yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi membantu usahawan-usahawan tersebut?
- Program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi membantu usahawan-usahawan tersebut ialah
Bantuan Dana Industri Kampung
Memberikan bantuan dalam bentuk mesin / peralatan / perkakasan tidak melebihi RM10,000.00 kepada setiap pemohon. Pemohon yang layak adalah pengusaha yang menjalankan perusahaan secara sepenuh masa yang telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun.