Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
111) PEMERKASAAN BELIA SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan negeri menyediakan program latihan untuk meningkatkan pendapatan belia di Selangor?
- dan b)
Kerajaan Negeri Selangor mengambil inisiatif untuk meningkatkan pendapatan belia di Selangor dengan menyediakan pelbagai program latihan dengan memberi peluang menyambung pendidikan kepada golongan remaja dan belia. Usaha ini dapat dilihat apabila Kerajaan Negeri menubuhkan Universiti Selangor (UNISEL) yang menyediakan pelbagai kursus dan bidang pengajian dari peringkat Diploma sehingga peringkat PhD seperti berikut :-
- Kejuruteraan
- Pendidikan dan Sains Sosial
- Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
- Sains dan Bioteknologi
- Pengurusan Perniagaan
- Media dan Komunikasi
- Sains Kesihatan
- Seni Lukis dan
Secara umumnya, Kerajaan Negeri Selangor juga berusaha memberi peluang kepada Belia yang tidak berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang akademik. Usaha ini dilaksanakan dengan menyediakan bidang latihan, teknikal dan kemahiran yang dikendalikan oleh Inspen International College (INPENS). Usaha-usaha ini merupakan bantuan Kerajaan Negeri kepada Belia bagi membantu mereka mendapatkan peluang pekerjaan pada masa hadapan dalam bidang seperti kecantikan, automatif, pendandan rambut, elektrik, elektronik, mekanik motorsikal, sistem komputer dan penyaman udara.
Statistik pelajar dari tahun 2006 hingga 2013 seperti graf berikut :-
Jumlah Keseluruhan Pelajar : 6935 orang.
-
Senaraikan program tersebut dan bilangan belia yang telah terlibat dari 2008 hingga kini mengikut DUN?
Kerajaan Negeri telah mengadakan pelbagai program dengan kerjasama daripada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Penggerak Belia Tempatan (PeBT) yang meliputi semua 56 Dun di Negeri Selangor. Antara program yang dijalankan adalah sebagaimana berikut :-
- Program Perkahwinan Perdana Belia – 1500 orang
- Program Kayuhan BES – 1500 orang
- Sambutan Hari Belia Antarabangsa – 1500 orang
- Sambutan Hari Sukan Antarabangsa – 1000 orang
- Program Walkathon BES – 1000 orang
- Bengkel Pengucapan Awam – 500 orang
- Bengkel Kepimpinan PeBT – 700 orang