Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

102) PELABURAN PROJEK-PROJEK DI DAERAH SEPANG

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan projek-projek yang dilaburkan di Daerah Sepang dan Daerah Kuala Langat dalam tahun 2013.

    Berikut adalah senarai hutan lipur atau taman rekreasi yang terdapat di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Selangor mengikut DUN dan Daerah:

     

     

    BIL HUTAN LIPUR DUN DAERAH PENGURUSAN
    1. Air Terjun Sungai Gabai Dusun Tua Hulu Langat Majlis Perbandaran Kajang
    2. Hutan Lipur Gunung Nuang Dusun Tua Hulu Langat Jab. Perhutanan Negeri Selangor
    3. Hutan Lipur Kanching Taman Templer Gombak Tourism Selangor Sdn. Bhd.
    4. Hutan Lipur Sungai Congkak Dusun Tua Hulu Langat Tourism Selangor Sdn. Bhd.
    5. Hutan Lipur Sungai Sendat Batang Kali Hulu Selangor Jab. Perhutanan Negeri Selangor
    6. Hutan Lipur Sungai Tekala Semenyeh Hulu Langat Jab. Perhutanan Negeri Selangor
    7. Hutan Lipur Sungai Tua Batu Caves Gombak Jab. Perhutanan Negeri Selangor
    8. Taman Rimba Ampang Lembah Jaya Hulu Langat Jab. Perhutanan Negeri Selangor

     

    9. Taman Rimba Komanwel Taman Templer Gombak Jab. Perhutanan Negeri Selangor /

    Tourism Selangor Sdn. Bhd.

    10. Taman Rimba Templer Taman Templer Gombak Majlis Perbandaran Selayang

     

  2. Berapakah nilai pelaburan projek-projek tersebut dalam Ringgit Malaysia?

    Sumber semulajadi yang terdapat di hutan lipur dan taman rekreasi berupaya menarik minat masyarakat menikmati keindahan alam semulajadi seperti sungai, air terjun, puncak gunung, flora dan fauna serta alam sekitar yang bersih dan nyaman. Kerajaan negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) dan agensi-agensi lain yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan memajukan hutan lipur dan taman rekreasi ini bukan sahaja menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kepada masyarakat malah ia juga memberikan faedah yang tidak ternilai dalam aspek alam semulajadi. Para pengunjung khususnya yang tinggal di bandar akan menggunakan hutan lipur dan taman rekreasi ini untuk berehat, bersantai, beriadah, berkelah dan lain-lain aktiviti rekreasi sebagai salah satu tempat untuk mengurangkan tekanan

    JPNS telah menyediakan kemudahan dan infrastruktur seperti kiosk, gerai makanan, chalet, tandas dan tempat letak kereta di hutan lipur dan taman rekreasi di bawah seliaan jabatan. Di samping itu, ia juga turut memberi peluang kepada pengusaha tempatan menjana pendapatan tambahan untuk meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat khususnya dalam sektor pelancongan negeri selaras dengan output dan outcome jabatan yang ditetapkan. Rekod bilangan pengunjung dan hasil kutipan daripada bayaran masuk dan sewaan pelbagai kemudahan di hutan lipur dan taman rekreasi di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor adalah seperti berikut:

     

     

    BIL

     

    TAHUN

     

    BILANGAN PENGUNJUNG

     

    KUTIPAN HASIL

    1. 2011 558,880 RM 252,980.50
    2. 2012 363,008 RM 218,863.60
    3. 2013 600,624 RM 244,788.60

     

Lampiran

Tiada Lampiran.