Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
97) LAMPU JALAN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Jumlah peruntukan yang disediakan untuk mengadakan dan menyelenggarakan lampu-lampu jalan di seluruh Negeri Selangor
Jumlah peruntukan yang disediakan untuk mengadakan dan menyelenggarakan lampu-lampu jalan di seluruh Negeri Selangor bagi tahun 2013 mengikut PBT adalah seperti berikut:
PBT
Peruntukan Bina Baru Lampu Jalan (RM)
Peruntukan Penyelenggaraan Lampu Jalan (RM)
MBSA 6,000,000.00 7,180,000.00 MBPJ 2,350,000.00 4,300,000.00 MPK 163,640.00 1,966,385.00 MPAJ Tiada Peruntukan 2,329,591.65 MPSJ 2,000,000.00 4,140,000.00 MPS 150,000.00 1,100,000.00 MPKJ 1,370,000.00 3,600,000.00 MPSp 106,907.00 1,120,008.00 MDKL 59,142.00 486,201.00 MDHS Tiada Peruntukan 1,000,000.00 MDKS 280,000.00 280,000.00 MDSB 202,611.00 150,000.00 -
Sila nyatakan perancangan dan tindakan yang telah /akan diambil bagi mengenal pasti kawasan-kawasan kampung yang memerlukan lampu-lampu jalan untuk keselamatan dan keselesaan rakyat seperti di Dusun Tua, Sungai Tekali dan lain-lain
Pada ketika ini tiada perancangan khusus oleh pihak Kerajaan Negeri dalam menyediakan lampu jalan di kawasan kampung. Permohonan yang dikemukakan perlu dinilai sewajarnya memandangkan apabila lampu jalan disediakan, Kerajaan Negeri perlu menyediakan peruntukan tambahan bagi pembayaran bil bulanan. Perancangan Kerajaan Negeri lebih tertumpu kepada projek-projek fizikal yang memberikan impak kepada penduduk luarbandar secara keseluruhan.
Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM8,000,000 di dalam bajet tahunan 2014 khusus bagi melaksanakan projek menaiktaraf/menyelenggara kemudahan asas di kampung-kampung seluruh Negeri Selangor. Projek tumpuan adalah meliputi projek membina/menaiktaraf jalan kampung, baikpulih balai JKKK, membina /menyelenggara jambatan dan perparitan serta kemudahan asas yang lain.