Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

92) WAKIL RAKYAT DI ANAK-ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan semua wakil rakyat yang memegang jawatan di anak-anak syarikat negeri Selangor

    Anak syarikat Kerajaan Negeri didefinisikan sebagai syarikat yang dikawal oleh Kerajaan Negeri melalui pegangan saham sebanyak 50% atau lebih, di mana Kerajaan Negeri mempunyai kuasa majoriti untuk mengundi. Kerajaan Negeri mempunyai 11 anak

     

    Badan berkanun ertinya mana-mana pertubuhan perbadanan, tidak kira dengan nama apa ia dikenali, yang diperbadankan menurut peruntukan-peruntukan undang-undang persekutuan dan yang menjadi pihak berkuasa awam atau agensi Kerajaan Malaysia tetapi tidak termasuk pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta Badan Berkanun 1980). Kerajaan Negeri mempunyai 8 buah Badan Berkanun.

     

    Senarai wakil rakyat yang memegang jawatan di anak-anak syarikat Negeri Selangor adalah seperti di Lampiran A.

  2. Sila senaraikan gaji, elaun dan share option (jika ada) yang diterima oleh setiap wakil rakyat tersebut.

    Jumlah gaji, elaun dan share option (jika ada) yang diterima oleh setiap wakil rakyat tersebut tidak boleh didedahkan kerana menyentuh kerahsiaan

     

    Walau bagaimanapun, Y.B. Ahli Dewan Negeri yang ingin bertanya perlulah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar atau kepada Setiausaha Dewan. Jawapan akan diberikan hanya kepada Y.B. Ahli Dewan Negeri yang bertanya sahaja dan harus diingatkan bahawa Y.B. Ahli Dewan Negeri yang bertanya mestilah bertanggungjawab ke atas maklumat tersebut dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) adalah berkaitan.

     

     

    LAMPIRAN A SENARAI WAKIL RAKYAT YANG MEMEGANG JAWATAN DI DALAM ANAK-ANAK

    SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

     

    BIL ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI NAMA WAKIL RAKYAT
    1 Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
    2 Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

    Y.B. Tuan Azan Bin Ismail

    3 Selangor State Investment Centre (SSIC) Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
    4 Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYS) Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

    Y.B. Puan. Dr. Halimah Binti Ali

    Y.B. Dr. Che Rosli Bin Che Mat

    Y.B. Dato’ Rashid Bin Din

    5 Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGC) Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
    6 Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

    Y.B. Tuan Ganabatirau Veraman

    7 Majlis Sukan Negeri Selangor Holdings (MSNS Holdings) Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
    8 Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

    Y.B. Tuan Dr. Abd. Rani Bin Osman

    9 Tourism Selangor Sdn Bhd (TSSB) Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
    10 Communication Corporotion Sdn Bhd (CCSB) Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
    11 Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
    12 Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
    13 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Y.B. Tuan Iskandar Bin Abdul Samad

    Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

    Y.B. Dato’ Teng Chang Khim

     

    BIL ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI NAMA WAKIL RAKYAT
         
    14 Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
    15 Yayasan Selangor Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

    Y.B. Puan. Dr. Halimah Binti Ali

    16 Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

    Y.B. Tuan Ir. Iskandar Bin Abdul Samad

    17 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS) Y.B. Puan. Dr. Halimah Binti Ali

    Y.B. Puan Lee Kee Hiong

    18 Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) Y.B. Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi

    Y.B. Dr. Shafie Bin Abu Bakar

    19 Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

    YB. Tuan Dr. Ahmad Yunus bin Hairi YB. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

     

Lampiran

Tiada Lampiran.