Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

83) PENYELENGGARAN INFRA JALAN MARRIS JKR DUN MERU

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah punca Tahap penyelenggaran parit-parit yang tidak memuaskan

    Mengikut syarat-syarat perjanjian konsesi jangka panjang di antara Kerajaan Negeri Selangor dan KPS-HCM Sdn. Bhd. untuk kerja senggara parit adalah seperti berikut:

     

    • Jalan protokol – 1 pusingan setiap 6 bulan
    • Jalan primary – 1 pusingan setiap 12 bulan
    • Jalan sekunder – 1 pusingan setiap 12 bulan
    • Jalan minor – 1 pusingan setiap 18 bulan Maklumat Tambahan

    Tahap penyelenggaraan yang memuaskan kekerapan perlu sebulan sekali.

  2. Apakah standard potong dan had lebar kawasan potong rumput bahu jalan?

    Sepertimana termaktub dalam Kontrak Penyelenggaraan Jangka Panjang Jalan Negeri di antara pihak Konsesi KPS-HCM dan Kerajaan Negeri, pemotongan rumput adalah seperti berikut:-

     

    • Setiap kali  rumput  dipotong tidak melebihi   50mm daripada permukaan tanah.
    • Pemotongan rumput bermula daripada tepi jalan sehingga 1 meter selepas longkang tepi
  3. Mengapakah tiada penyelenggaran tanah dan kebersihan bahu-bahu jalan?

    Sepertimana termaktub dalam Kontrak Penyelenggaraan Jangka Panjang Jalan Negeri di antara pihak Konsesi KPS-HCM dan Kerajaan Negeri, penyelenggaraan tanah dan menggred bahu jalan adalah seperti berikut:-

     

    penyenggaraan bahu jalan termasuk dalam skop kontrak penyenggaraan konsesi yang meliputi skop menggred bahu

     

    • menambak bahu jalan

     

    Penyelenggaraan bahu jalan adalah berdasarkan kepada ‘percentage’ yang telah ditetapkan:-

     

    • Jalan protokol – 4% daripada panjang keseluruhan

     

    • Jalan primary – 2% daripada panjang keseluruhan jalan

     

    • Jalan sekunder – 1% daripada panjang keseluruhan jalan

     

    • Jalan minor – 0.50 % daripada panjang keseluruhan jalan Panjang keseluruhan Jalan Negeri di Daerah Klang ialah 10km

     

Lampiran

Tiada Lampiran.