Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
72) PROJEK TERBENGKALAI KG. KOSKAN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah Pelan Tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi meningkatkan keefisienan dan mutu perkhidmatan PBT supaya responsif terhadap aduan rakyat?
Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan telah menyediakan Pelan Tindakan 5 Tahun bagi meningkatkan kecekapan dan mutu perkhidmatan PBT supaya responsif terhadap aduan rakyat dan seterusnya merealisasikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang di PBT-PBT serta meningkatkan tahap servis Kerajaan Tempatan. Pelan ini menggariskan perkara- perkara utama seperti berikut:-
- Menumpukan Tugas Asas
- Menambahbaik sistem pengauditan, pemantauan kerja dan
- Menubuhkan Pasukan Tindakan Segera (Pantas) di Majlis Bandaraya dan
- Menetapkan Tatacara Operasi Piawai untuk seluruh PBT dalam proses penguatkuasaan, permohonan permit dan
- Mengurangkan kontraktor dan menambahkan pekerja
- Mengenakan hukuman berat kesalahan
- Membina Imej
- Memaparkan gambar Datuk Bandar/Yang Di Pertua dan barisan Pengarah PBT di billboard (rekabentuk adalah seragam).
- Projek Padang Ceria: membina / menaiktaraf minima 500 set kelengkapan / peralatan taman / padang seluruh Selangor oleh
- Mengadakan telematch tahunan yang melibatkan keseluruhan warga PBT bersama persatuan penduduk mengadakan
- Mengadakan Perjumpaan Perbandaran Berkala oleh Datuk Bandar/Yang Di
- Mengadakan Facebook PBT dan Twitter PBT .
- Menyeragamkan kempen-kempen di
- Mendemokrasikan PBT.
- Mengadakan Siaran Secara Langsung Mesyuarat Bulanan. Fokus Pada Majlis Bandaraya Dan
- Memaparkan Minit Mesyuarat Bulanan Di Laman Web. Selaras Dengan Sek.27 Akta
- Pemilihan Ahli Majlis Bandaraya Dan
- Melantik Wakil NGO Ke Majlis
- Menghadkan Tempoh Penggal Lantikan Ahli
- Meningkatkan Kebajikan Warga
- Kajian ke atas mewujudkan pegawai kontrak dengan menawarkan gaji yang lebih tinggi, bonus persembahan kerja dan peluang kenaikan pangkat yang lebih
- Mempertingkatkan kelengkapan keselamatan untuk
- Menaikkan elaun kerja tambahan masa yang lebih tinggi.khusus pada penguatkuasa dan pekerja yang bertugas diluar
- Kajian menggunakan software penilaian prestasi
- Menyempurnakan Tugas
- Perlesenan Industri Burung
- Ruu Fi Lesen. (Taklimat Kepada Persatuan Perniagaan)
- Projek
- Perkhidmatan Bas Bandar
- Fokus pada majlis bandaraya dan perbandaran mengikut keupayaan dalam menyediakan bas namun dapat memberi perkhidmatan terbaik dengan warna/design yang
- Menambahkan anggota penguatkuasa untuk kerja rondaan. Fokus Pada Majlis Bandaraya Dan
- Melibatkan Swasta Menyertai Projek Pemasangan
- Menaiktaraf Pasar
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi meningkatkan hasil untuk PBT?
Di antara perancangan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan hasil di PBT adalah dengan menggalakkan PBT menjana hasil baru sebagai contoh, pelaburan di dalam simpanan tetap yang dapat menjana pulangan faedah dari pelaburan berkenaan. Penggunaan skuad task force di dalam memastikan penguatkuasaan bayaran cukai taksiran tunggakan terus diperhebatkan di semua PBT. Di samping, itu kelulusan penggunaan Kadar Fi Lesen 2007 juga bertujuan meningkatkan jumlah hasil di
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor memberikan peruntukan khas untuk menaik taraf premis perniagaan PBT dan membina premis perniagaan baru bagi membekalkan ruang perniagaan kepada peniaga kecil dan sederhana?
Kerajaan Negeri Selangor tidak secara khusus memberikan peruntukan khas untuk menaik taraf premis perniagaan PBT dan membina premis perniagaan baru. Ini disebabkan PBT adalah perbadanan di mana hasil dan perbelanjaan diurus tadbir oleh PBT sendiri dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri mendapati peruntukan pembangunan di semua PBT menunjukkan penurunan peruntukan perbelanjaan pembangunan. Sekiranya tiada pertambahan hasil dalam tempoh terdekat kemungkinan PBT tidak dapat memperuntukkan perbelanjaan pembangunan yang mencukupi bagi kemudahan prasarana perniagaan kecil dan
Melalui kadar fi lesen baru, pertambahan hasil tersebut akan diperuntukkan dalam bajet pembangunan PBT pada tahun 2015 dan perkara ini akan dipastikan semasa penyediaan bajet PBT pada tahun 2015. Perkara ini perlu bagi memastikan peruntukan pembangunan secara keseluruhannya terus rancak di semua PBT dan ini termasuklah bagi menaik taraf premis perniagaan dan membina premis perniagaan baru untuk mewujudkan ruang perniagaan kepada peniaga kecil dan sederhana terlaksana.