Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
67) EKO-PELANCONGAN DI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan kawasan eko-pelancongan yang ada di negeri Selangor khasnya di daerah Kuala Langat dan Sepang?
Daerah Sepang adalah merupakan salah satu daerah yang mempunyai beberapa tarikan produk pelancongan yang bertemakan eko-pelancongan. Antaranya ialah:
- Sungai Sepang Kecil
- Hutan Bandar Cyberjaya
- Taman Tasik Cyberjaya
- Pantai Bagan Lalang
Manakala, daerah Kuala Langat selain terkenal sebagai destinasi pelancongan bersejarah, ianya turut mempunyai tarikan tersendiri dari aspek eko- pelancongan. Antaranya ialah:
- Pantai Morib
- Pantai Kelanang
- Pantai Batu Laut
- Bukit Jugra
- Paya Indah Wetland
- Kuan Wellness Eco Park
- Pakas di Kampung Endah
- Hutan Bakau di Ezhar Camp
-
Sejauh manakah kawasan eko-pelancongan ini dipelihara dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan?
Sebagai destinasi pelancongan, pelbagai aktiviti dijalankan bagi memelihara dan mempromosikan eko pelancongan sebagai destinasi pelancongan adalah seperti berikut:-
Menanam semula pokok bakau sekitar Sungai Sepang Kecil dan Bagan Lalang.
Bekerjasama dengan Pemaju/NGO/Sekolah mengadakan program tanam semula pokok disamping penguatkuasaan 1:5 bagi pokok yang
Bekerjasama dengan IPTS & IPTA mengadakan aktiviti pembersihan pantai.
Mencetak risalah produk pelancongan dan diedarkan ke jabatan kerajaan dan swasta
Eko pelancongan adalah aktiviti yang melibatkan lawatan ke tempat-tempat yang mempunyai keindahan alam semula jadi. Eko pelancongan merupakan satu sektor pelancongan yang boleh dilawati dan diminati oleh para pelancong daripada luar dan dalam negara. Kawasan ini dipelihara melalui peruntukan projek pembangunan kecil yang disalurkan oleh pihak Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).
Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor turut mempromosikan kawasan- kawasan eko-pelancongan untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke Negeri Selangor.
Berikut adalah beberapa tindakan yang telah dilakukan oleh Tourism Selangor dalam membantu mempromosikan produk eko-pelancongan;
- Menyediakan risalah pelancongan yang terdapat maklumat produk-produk eko-pelancongan
- Selangor Breakaway
- Peta pelancongan Negeri Selangor
Mempromosikan dan memperkenalkan produk-produk eko-pelancongan di dalam siri promosi di dalam dan luar negara. Antara program promosi luar negara yang disertai oleh Tourism Selangor seperti berikut;
Asian Tourism Forum, Kuching
Sales Mission to India
Arabian Travel Mart, Dubai
- Membawa delegasi agensi pelancongan dari Jerman dan Itali melawat produk eko-pelancongan seperti Kelip-kelip Kampung Kuantan melalui program Fam Tour. Program Fam Tour merupakan program memperkenalkan dan mengenali produk pelancongan secara terperinci kepada agensi-agensi
- Produk-produk eko-pelancongan juga turut dipromosikan di dalam website Tourism Selangor. Sehubungan itu, pelancong-pelancong daripada serata dunia lebih mudah mendapatkan maklumat pelancongan khususnya produk eko-pelancongan dengan lebih mudah dan
- Menyediakan risalah pelancongan yang terdapat maklumat produk-produk eko-pelancongan