Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

65) KEM AMPANG PECAH YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status dan aktiviti kem tersebut sekarang?

     

    Kem Ampang Pecah Yayasan Selangor terdiri daripada Kem Bina Semangat dan kem PLKN masih beroperasi seperti biasa dan antara aktiviti yang dijalankan di kem tersebut adalah seperti berikut :

     

    1. Program Orientasi
    2. Program Perkhemahan Jati Diri & Kepimpinan
    3. Program Motivasi
    4. Program “Team Building”
    5. Kembara Hutan (Jungle Trekking)
    6. Aktiviti Air (berkayak dan berakit)
    7. Aktiviti Tali Tinggi (Flying Fox & Abseiling)
    8. Sewaan Kemudahan/ Fasiliti (Konvensyen, Seminar, Annual Dinner, English Camp , Family Day, Resepsi Perkahwinan dan lain lain)

     

    Semua aktiviti yang dijalankan di kem ini disertai oleh pelbagai kategori pelanggan seperti berikut :

     

    • pelajar sekolah/ kolej/ universiti,
    • agensi/ organisasi kerajaan & swasta,
    • pertubuhan-pertubuhan NGO
    • orang awam yang
  2. Berapakah kos penyelenggaraan kem berbanding pendapatan diperoleh?

    Kos penyelenggaraan Kem Ampang Pecah Yayasan Selangor bagi tempoh sepanjang tahun 2013 ialah RM 446,583.15 (RM 176,366.95 bagi Kem Bina Semangat dan RM 270,216.20 bagi Kem PLKN).

     

    Pendapatan Kem Ampang Pecah Yayasan Selangor bagi tempoh Jan- Disember 2013 ialah hampir RM 1. 7 juta ( RM 1,699,580.75).

     

    Nota :

     

    Berikut adalah pendapatan Kem Ampang Pecah Yayasan Selangor bagi tempoh Januari- Mei 2014 :

     

    Bil Bulan Pendapatan
    1. Januari RM 106,946.00
    2. Febuari RM 142,235.00
    3. Mac RM 190,819.00
    4. April RM 159,349.00
    5. Mei RM 173,981.00
      Jumlah RM 773,330.00

     

     

  3. Apakah perancangan kem di masa hadapan?

    Perancangan Kem Ampang Pecah Yayasan Selangor di masa hadapan adalah seperti berikut :

     

    Berkolabrasi dengan pihak NGO, Syarikat Korporat dan Agensi Kerajaan untuk menganjurkan “Outdoor Adventure Programmes”

     

    Kem Ampang Pecah Yayasan Selangor berhasrat menjadi kem pertama di Malaysia sebagai kem yang di iktiraf untuk mengeluarkan Sijil Kembara Pelancongan (Adventure Tourism) kepada semua pengusaha kem yang menjalankan aktiviti “outdoor”.

     

    Hasrat ini dapat direalisasikan apabila MOU bersama Jabatan Standard Malaysia dimetrai lantas menjadikan Jabatan Standard Malaysia rakan pintar (smart partner) kepada Kem Ampang Pecah Yayasan Selangor.

     

    • Memupuk serta memantapkan perkongsian dan jaringan antarabangsa (international networking) seperti Asia Oceania Camping Fellowship (AOCF), Australian Camps Association, National Camping Association of Japan (NCAJ) dan International Camping Fellowship (ICF).

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.