Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

55) PERHENTIAN BAS KLANG SENTRAL

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Penyediaan kemudahan dan penyelenggaraan mematuhi peraturan. Bagaimanakah pemantauan MPK kepada pengurusan?

    Industri perkhidmatan air negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada ketika ini dibelenggu dengan pelbagai isu dan masalah operasi, antaranya kadar NRW yang tinggi, perbelanjaan CAPEX SYABAS yang melebihi anggaran yang diperuntukkan di dalam Perjanjian Konsesi, kadar tarif yang membebankan pengguna dan lain-lain masalah hingga menjejaskan perkhidmatan kepada

     

    Matlamat utama Kerajaan Negeri Selangor adalah untuk menstrukturkan semula industri perkhidmatan air ke arah satu industri yang holistik, efisien, efektif, berdaya saing dan mampan adalah selaras dengan matlamat Kerajaan Persekutuan yang menyedari bahawa bekalan air adalah keperluan asas yang perlu dibekalkan kepada setiap pengguna tanpa mengira fahaman politik;

     

    Kerajaan Negeri Selangor menekankan sebagai keperluan asas, perkhidmatan air perlu diuruskan dengan mementingkan ketelusan, akauntabiliti, efisien dan tidak mementingkan keuntungan semata-mata. Pengurusan air yang efisien dan

     

    berdaya maju hanya boleh dicapai melalui operator yang dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri dan bukannya melalui syarikat persendirian yang  mementingkan keuntungan sebagai matlamat utamanya.

     

    Model Holistik yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sememangnya telah terbukti sebagai penyelesaian ke atas semua masalah pengurusan bekalan air secara komprehensif dan dapat menjamin pengurusan air yang mengutamakan tahap kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan serta memperkukuhkan integriti, daya saing dan kemapanannya di samping tidak membebankan rakyat keseluruhannya sebagaimana yang telah dicapai di kejayaan pelaksanaan Model Holistik di Penang, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

     

    Sekiranya penstrukturan semula ini tidak dapat dimuktamadkan sebagaimana yang dirancang oleh Kerajaan Negeri Selangor, maka industri perkhidmatan air sedia ada akan dibebankan dengan masalah-masalah utama yang akhirnya boleh merugikan rakyat dan menjejaskan operasi industri itu. Antara masalah utama yang telah dikenal pasti oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti berikut:-

    kekangan aliran tunai yang dihadapi oleh SYABAS hingga menyebabkan SYABAS berada dalam keadaan keberhutangan yang sangat meruncing dan boleh menyebabkan kegagalan dalam membayar harga pembelian air dengan penuh kepada Operator Rawatan Air di mana ini mengakibatkan SYABAS mempunyai tanggungan jumlah tertunggak kepada operator rawatan air dianggarkan sebanyak RM5.0 billion yang akan terus meningkat;

     

    kekangan aliran tunai SYABAS telah menyebabkan bayaran separa 42% dibayar kepada Operator Rawatan Air yang sekali gus turut menjejaskan aliran tunai Operator Rawatan Air yang mana jika tidak diatasi boleh menjejaskan operasi;

     

    SYABAS tidak berjaya di dalam memenuhi obligasi di bawah Perjanjian Konsesi dalam mencapai sasaran pengurangan Non Revenue Water (NRW) sebanyak 20% seperti mana yang diperuntukkan di dalam Perjanjian Konsesi walaupun SYABAS telah diberikan bantuan kewangan dari Kerajaan Persekutuan untuk menangani

     

    Keadaan industri yang tidak holistik akan terus menyumbangkan kepada pengurusan air yang tidak cekap dan kos operasi yang sangat tinggi seperti kadar Bulk Supply Rate (BSR), Fixed Monthly Payment (FMP), kos yang mana semua kos ini akan dipindahkan kepada pengguna melalui kenaikan tarif yang tinggi lagi

     

     

    Usaha dan matlamat Kerajaan Negeri Selangor untuk memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Negeri Selangor adalah bertujuan semata-mata untuk memastikan kepentingan rakyat terjamin. Kesemua operator rawatan air dan operator agihan yang ada pada ketika  ini adalah merupakan syarikat swasta yang mana bagi syarikat swasta keuntungan merupakan matlamat utama di dalam setiap  perniagaan. Dalam kerakusan mengejar matlamat mengaut keuntungan bagi mengayakan segelintir kapitalis, kepentingan pengguna perkhidmatan air yang merupakan rakyat Negeri Selangor tidak diutamakan.

     

    Keadaan ini berbeza sekiranya pengurusan industri perkhidmatan air berada di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang mana keuntungan bukanlah matlamat utama. Sebaliknya dalam merealisasikan matlamat Merakyatkan Ekonomi Selangor dan meneruskan pemberian 20 meter padu air percuma kepada pengguna, Kerajaan Negeri Selangor mengutamakan rakyat mendapat perkhidmatan air yang effisien disamping membayar harga perkhidmatan dalam bentuk tarif yang munasabah.

     

    Oleh sebab terdapat jurang perbezaan di dalam matlamat syarikat swasta dan Kerajaan Negeri Selangor di dalam memberikan  perkhidmatan bekalan air yang efisien, jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Negeri Selangor. Dalam memuktamadkan penstrukturan semula ini, Kerajaan Negeri telah mengambil kira aspek-aspek berikut:-

     

    Perjanjian Konsesi air sedia ada yang telah ditandatangani oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan kesemua operator air perlu ditamatkan;

     

    Dengan penamatan perjanjian konsesi ini, Kerajaan Negeri Selangor akan mewujudkan satu syarikat SPV yang dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih operasi rawatan dan pengagihan air di mana struktur SPV baru ini akan dikawal bagi memastikan keutamaan diberikan dalam peningkatan tahap kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan serta memperkukuhkan integriti, daya saing dan kemapanannya.

     

    Melibatkan PAAB di peringkat awal dalam proses pengambilalihan dan penyusunan semula ini; dan

     

    Wujudnya kawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berdasarkan peruntukan Akta

     

     

    Melalui penstrukturan semula ini, operator perkhidmatan air yang baru dapat diujudkan di mana operator air tersebut adalah terdiri dari syarikat yang dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sebagai syarikat milik penuh Kerajaan Negeri, pemantauan dan kawalan secara langsung boleh diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha untuk memastikan bahawa SPV yang bakal diwujudkan beroperasi dengan mementingkan kualiti dan keberkesanan operasi dan bukannya mengaut keuntungan. Kerajaan Negeri Selangor mempunyai kuasa sepenuhnya untuk memantau agar SPV ini akan mendapat one time profit, yang mana keuntungan yang akan dijana adalah tidak melampaui. Dengan keuntungan yang tidak melampaui, SPV akan dapat mengekalkan kadar tarif yang munasabah. Kenaikan tarif di dalam operasi memang tidak dapat dihalang berikutan dengan kenaikan kos bahan mentah dan kos operasi, namun kenaikan tarif tersebut akan dipastikan munasabah.

     

    Selain dari itu, SPV yang beroperasi secara holistik ini dapat mengekang pemindahan harga (transfer pricing) dan ini dapat memastikan kos operasi yang tidak membebankan kerana setiap kos yang dibelanjakan oleh SPV akan dipantau secara langsung melalui kuat kuasa Akta Industri Perkhidmatan Air, 2006 (Akta 655). Syarikat SPV tidak akan dibebani dengan terma pembelian minima atau caj kapasiti yang tinggi. Ini dapat memastikan kadar tarif munasabah dapat dicapai.

     

    Melalui peranan yang diambil oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), SPV tidak di beban dengan Kos Pembangunan (CAPEX) kerana ia akan diambil alih oleh PAAB. Dengan kaedah ini, kos pembangunan tidak akan dipindahkan kepada pengguna dalam bentuk kenaikan tarif.

     

    Di bawah rejim pelesenan, SPAN melalui peruntukkan di bawah Akta 655 boleh mengesyorkan kepada Menteri untuk membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan aras kadar yang hendak dicajkan bagi perkhidmatan air termasuk kadar air pukal dan kadar tarif air.

     

    Sebagai sebuah syarikat SPV yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri, kawalan secara langsung dapat diberikan oleh Kerajaan Negeri. Ditambah pula dengan adanya pengawasan dan pengawalan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pemantauan ke atas prestasi operator akan dapat dilaksanakan lebih teratur dan berkesan terutamanya ke atas aspek ekonomi, teknikal, sosial dan perlindungan pengguna. Ini dapat mengujudkan sistem tadbir urus yang lebih cekap dan telus di mana kepentingan rakyat akan diberi perhatian utama. Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor dapat direalisasikan di bawah struktur baru ini.

     

  2. Apakah ada pemantauan pihak MPK, JPJ & SPAD bagi memastikan laluan dan menurunkan penumpang mengikut peraturan?

  3. Bagaimanakah kemudahan hentian teksi?

    Di dalam menjayakan rundingan penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri Selangor, faktor utama yang dititik beratkan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah nilai yang berpatutan dan tidak membebankan pengguna. Syarikat konsesi air mempunyai hak di bawah Perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan bahawa bahawa tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang dan tiada undang-undang yang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang

     

    Penetapan nilai tawaran yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada Syarikat Konsesi Air adalah berdasarkan kepada analisa yang telah dibuat ke atas Audited Account setiap Syarikat Konsesi Air. Nilai yang ditawarkan itu telah mengambil kira faktor-faktor berikut:-

     

    1. Aset Air akan diambil oleh Pengurusan Aset Air Berhad (“PAAB”).

     

    1. Ekuiti Pemegang saham termasuk semua bentuk pelaburan dan sumbangan oleh para pemegang saham (seperti biasa atau saham keutamaan, pendahuluan dan, di mana alat berkenaan, ekuiti hutang juga diambil kira).

     

    • Pulangan atas Ekuiti Pemegang Saham dikira pada 12% setahun sehingga 31 Disember 2012 (dengan tidak pengkompaunan) dengan potongan bagi mana-mana pembayaran dividen

     

    1. Liabiliti yang akan diambil alih oleh PAAB termasuk semua hutang tertunggak yang berkaitan dengan air yang terhutang oleh Pemegang Saham, yang termasuk:

     

    1. Bon yang diperoleh oleh Acqua SPV Berhad (“Acqua SPV”) atau berada di dalam pasaran modal;

     

    1. Pinjaman komersial, jika berkenaan; dan

     

    1. Pinjaman kerajaan, jika berkenaan.

     

    Kerajaan Negeri Selangor berpendirian bahawa adalah tidak wajar untuk membayar pampasan yang terlampau tinggi dan over price kepada pemegang saham syarikat konsesi air memandangkan syarikat-syarikat ini telah beroperasi sehingga berjaya mengaut pulangan modal serta mencapai jangkaan keuntungan shareholders IRR dalam bentuk pembayaran dividen.

     

     

    Namun, sekiranya syarikat konsesi ini masih tidak mempertikaikan nilai pampasan yang dibayar oleh Kerajaan Negeri Selangor, mereka boleh merujuk isu pampasan tersebut untuk diputuskan oleh Badan Timbang Tara Bebas Antarabangsa, di mana Kerajaan Negeri Selangor bersedia untuk mematuhi apa jua keputusan yang dibuat oleh Badan Timbang Tara Bebas Antarabangsa tersebut.

    Kerajaan Negeri adalah tidak berupaya untuk memberikan nilai yang melebihi apa yang telah ditawarkan. Tambahan pula sebarang nilai yang melebihi nilai yang telah ditawarkan akan memberikan kesan yang banyak kepada Industri Perkhidmatan Air Negeri Selangor seperti kadar sewa pajakan dengan PAAB yang tinggi yang akhirnya akan memberi kesan kepada kos operasi yang akhirnya akan ditanggung oleh pengguna dalam bentuk tarif yang tinggi. Keadaan ini adalah bertentangan dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam mencapai Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.