Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
45) PROGRAM SPIES DAN GALAKAN MEMBACA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Dalam usaha meningkatkan keberkesanan Program SPIES dan Galakan Membaca, adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk mengadakan kemudahan-kemudahan tertentu di rumah-rumah ibadat seperti masjid, surau, gereja dan kuil-kuil memandangkan di situ tempat tumpuan masyarakat.
Perkhidmatan perpustakaan di negeri Selangor bermula pada tahun 1971. Sehingga kini, perkhidmatan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor meliputi
1 perpustakaan ibu pejabat, 7 buah Perpustakaan Daerah, 4 Perpustakaan Cawangan, 9 Perpustakaan Pekan, 56 buah Perpustakaan Desa Negeri dan 16 Perpustakaan Desa di bawah Perpustakaan Negara Malaysia serta 3 unit Perpustakaan Bergerak yang menjalankan perkhidmatan ke 72 perhentian di luar bandar di seluruh Negeri Selangor.
Perpustakaan ini telah memberikan perkhidmatan meliputi semua keperluan pembacaan, pembelajaran, penyelidikan dan rujukan serta perkhidmatan IT.
Hampir keseluruhan kemudahan perpustakaan ini dibina berhampiran dengan pusat komuniti dan kemudahan awam seperti balairaya, sekolah, klinik, perumahan dan termasuklah juga rumah-rumah ibadat seperti masjid, surau, gereja dan kuil-kuil.
-
Jika ada, sila nyatakan perancangan serta kemudahan-kemudahan yang akan disediakan.
Perpustakaan belum bercadang untuk mengadakan perkhidmatan perpustakaan di dalam rumah-rumah ibadat memandangkan ianya telah mempunyai sudut bacaan dan mini perpustakaan yang
Namun begitu, perpustakaan sentiasa bersedia membantu menyumbangkan buku-buku melalui permohonan yang diterima termasuklah sumbangan buku untuk rumah ibadat seperti masjid, surau, gereja dan kuil-kuil. Perpustakaan juga menyediakan perkhidmatan pinjaman berkelompok dan aktiviti galakan membaca.