Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
44) SKIM BANTUAN TADIKA (SI TUNAS)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah penerima yang dapat menikmati subsidi Skim Bantuan Tadika (SI TUNAS) mengikut pecahan PBT bagi tahun 2010-2014.
Program Skim TUNAS telah bermula pada tahun 2012 dan Jumlah penerima Skim TUNAS mengikut pecahan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah seperti berikut:
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Jumlah Penerima Tunas *2012
Jumlah Penerima Tunas 2013 Jumlah Penerima Tunas 2014 Majlis Daerah Sabak Bernam 375 552 715 Majlis Daerah Kuala Selangor 142 142 623 Majlis Perbandaran Klang 357 357 1625 Majlis Daerah Hulu Selangor 22 38 273 Majlis Bandaraya Shah Alam 38 297 341 Majjlis Bandaraya Petaling Jaya 18 65 184 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Jumlah Penerima Tunas *2012
Jumlah Penerima Tunas 2013
Jumlah Penerima Tunas 2014
Majlis Perbandaran Subang Jaya 33 252 283 Majlis Daerah Kuala Langat 114 114 685 Majlis Perbandaran Ampang Jaya – 46 67 Majlis Perbandaran Kajang 52 150 442 Majlis Perbandaran Selayang 68 45 182 Majlis Daerah Sepang 36 36 392 * Program Skim TUNAS bermula pada Julai 2014
-
Senaraikan jumlah penerima yang dapat menikmati subsidi Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SI TUNAS) untuk DUN Rawang bagi tahun 2010-2014.
Jumlah penerima subsidi Skim Bantuan TADIKA (Skim TUNAS) untuk DUN Rawang bagi tahun 2012-2014 adalah seperti berikut :
Bil Tahun Jumlah penerima Skim TUNAS 1. 2012 16 2. 2013 30 3. 2014 113 Jumlah keseluruhan 139 -
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi menjamin kualiti yang baik untuk perkhidmatan tadika dalam Negeri Selangor?
Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatanakuasa Tetap Pendidikan, telah menubuhkan satu badan yang terdiri daripada gabungan badan-badan bukan Kerajaan bernaung di bawah Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS).
Bagi aspek jaminan kualiti perkhidmatan TADIKA Kerajaan Negeri melalui MPTS akan melaksanakan beberapa siri kursus pemantapan kualiti TADIKA di Negeri Selangor. Sasaran utama adalah TADIKA yang terlibat Program Skim TUNAS Selangor.