Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

27) PARIT-PARIT JPS DUN MERU

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah panjang km parit MARRIS? Senaraikan.

    Untuk makluman peruntukan MARRIS yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri kepada JPS Negeri Selangor adalah untuk perlaksanaan kerja-kerja pembaikan dan menurap semula jalan ladang di dalam kawasan pertanian. Namun, tiada peruntukan MARRIS yang diperuntukkan dalam Daerah Klang khususnya kawasan DUN Meru memandangkan kerja-kerja pembaikan jalan ladang yang dilaksanakan menggunakan peruntukan Pembangunan dari Kerajaan Negeri. Manakala bagi kerja-kerja penyelenggaraan parit di sekitar kawasan DUN Meru menggunakan peruntukan Mengurus dan Caruman

  2. Bagaimanakah tindakan penguatkuasaan keatas binaan atas rezab dan halangan dalam parit?

    Secara teknikal pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tidak menyokong dan membenarkan sebarang aktiviti pembangunan dilaksanakan di atas rizab parit/ sungai. Rizab parit/sungai perlu dikekalkan bagi memberi ruang ke atas kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan parit pada masa hadapan. Di samping ianya dijadikan sebagai zon penampan bagi mengelakkan dari berlaku hakisan tebing apabila sebarang pembinaan dilakukan di atas rizab parit/sungai.

    Bagi tindakan penguatkuasaan ke atas sebarang aktiviti pembangunan di rizab parit/sungai, pihak JPS Negeri Selangor sentiasa bekerjasama secara bersepadu dengan pihak berkuasa tempatan seperti MPK/MBSA dan Pejabat Tanah dan Daerah Klang.

  3. Senaraikan lokasi halangan dan perancangan naiktaraf lokasi banjir

    Terdapat lebih kurang 94 lintasan / halangan di sepanjang Persiaran Hamzah Alang iaitu dari persimpangan Pekan Meru hingga Pekan Kapar. Sehubungan itu, bagi kerja-kerja menaiktaraf parit akan dilaksanakan selewat-lewatnya Julai 2014

Lampiran

Tiada Lampiran.