Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

26) MASALAH JALAN-JALAN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah kerajaan negeri menyelesaikan masalah jalan-jalan antara taman, jalan-jalan majlis, jalan-jalan negeri dan jalan-jalan persekutuan yang berlopak, berlubang dan mendap akibat kerja-kerja tambakan dan penurapan yang tidak berkualiti ?

    Untuk jalan antara taman, jalan-jalan majlis dan jalan-jalan negeri, audit perlaksanaan terhadap kerja-kerja dari peruntukan MARRIS sering kali dijalankan oleh pihak PWN, UPEN dan dibantu oleh JKR Selangor untuk memantau kualiti kerja yang dilaksanakan ditapak. Manakala untuk kerja- kerja di jalan-jalan persekutuan, kualiti kerja oleh syarikat konsesi Roadcare dipantau oleh Bahagian Senggara Persekutuan Negeri (BSPN).

  2. Bagaimanakah pengurusan tanggungjawab antara majlis, JKR negeri dan JKR pusat dalam memantau projek pembangunan dan pembinaan infrastruktur negeri?

    Pemantauan projek pembangunan dan pembinaan infrastruktur negeri di antara majlis, JKR Negeri dan JKR Pusat dilaksanakan pada peringkat Jawatankuasa Tetap Infrastruktur yang dipengerusikan oleh Y.B TUAN DR. AHMAD YUNUS B. HAIRI, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia  Dan Sukan, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam

Lampiran

Tiada Lampiran.