Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

23) KONSEP KETELUSAN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan berapakah jumlah penjimatan perbelanjaan pengurusan oleh Kerajaan Negeri sejak konsep ketelusan dipraktikkan ?

    Kerajaan Negeri Selangor menguruskan perbelanjaan wang awam dengan penekanan terhadap prinsip ketelusan, keupayaan dan tanggungjawab dalam semua urusan bagi memastikan nilai serta kualiti setiap perbelanjaan adalah yang terbaik (value for money). Pelaksanaan prinsip ketelusan, keupayaan dan bertanggungjawab di samping pengurusan kewangan Kerajaan Negeri yang cekap dan teratur serta usaha-usaha yang berterusan bagi meningkatkan kutipan hasil Kerajaan Negeri Selangor telah menyumbang kepada pengukuhan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Selangor. Sebagai contoh, penjimatan keseluruhan bagi perbelanjaan pengurusan dan pembangunan dengan pelaksanaan dasar harga terendah melalui proses tender adalah seperti maklumat jawapan bagi soalan (b).

  2. Sila nyatakan jumlah penjimatan pembangunan yang diperolehi melalui konsep ketelusan sejak 5 tahun yang lalu ?

    Berikut merupakan Ringkasan Pencapaian Tender Negeri Selangor dari Tahun 2011 sehingga 30 April

     

     

    BIL

    .

    TAHU N BIL. TENDE R ANGGARAN JABATAN (RM) JUMLAH PEROLEHAN (RM) JUMLAH PENJIMATAN (RM) %
    1 2011 65 390,790,112.83 279,449,760.57 111,340,352.2

    6

    28.

    5

    2 2012 74 588,645,064.25 478,434,189.57 110,221,324.6

    7

    18.

    7

    3 2013 63 392,463,794.71 324,130,967.90 68,332,826.81 17.

    4

    4 2014 25 180,048,469.87 166,349,681.97 13,698,787.90 7.6

    1

    JUMLAH 227 1,221,947,441.6

    6

    1,248,364,600.0

    1

    303,593,291.6

    4

    19.

    0

  3. Sila nyatakan apakah kaedah yang akan dilaksanakan demi memperkasakan penghayatan sektor awam terhadap konsep ketelusan dan kebertanggungjawaban ?

    Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha ini melalui kaedah yang dilaksanakan demi memperkasakan penghayatan sektor awam terhadap konsep ketelusan dan kebertanggungjawaban berdasarkan Surat Arahan Perbendaharaan Mengenai Pelaksanaan Harga Terendah bagi semua Perolehan Jabatan / Agensi di Pentadbiran Kerajaan Negeri

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbendaharaan Negeri Selangor telah mengemukakan Surat Arahan Perbendaharaan dengan rujukan PWN.Sel. (PPA) (S) 002/33 JLD. 18 (30) bertarikh 11 Mac 2014 berkenaan dengan pelaksanaan dasar harga terendah dalam pelaksanaan perolehan terbuka dengan syarat pembida terendah lulus semua penilaian teknikal. Dasar ini dibuat bagi memastikan proses perolehan secara terbuka dibuat secara telus.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.