Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

18) PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah tanah kerajaan Selangor yang telah di cerobohi?

    Untuk makluman Sidang Dewan, berdasarkan hasil penguatkuasaan yang telah dijalankan oleh Unit Task Force dan Penyelidikan, Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS), berikut adalah jumlah tanah Kerajaan Negeri Selangor yang telah diceroboh mengikut daerah sehingga 22 Mei 2014:-

     

    DAERAH BILANGAN PLOT LUAS (EKAR)
    Petaling 4 29.98
    Klang 5 5.64
    Gombak 11 739.85
    Hulu Langat 1 10.67
    Sepang 4 14.51
    Kuala Langat 8 1,220.00

     

    Kuala Selangor 5 1,868.10
    Hulu Selangor 4 1,069.64
    Sabak Bernam 1 244.00
    JUMLAH 5,202.39

    Sumber: Laporan Pemantauan Aset Kerajaan (Tanah) Negeri Selangor oleh Unit Task Force dan Penyelidikan, PTGS

  2. Adakah kerajaan berniat untuk menubuhkan unit khas bagi memantau dan bertindak dengan lebih berkesan isu-isu pencerobohan tanah kerajaan di Selangor?

    Bagi memantau dan bertindak dengan lebih berkesan ke atas isu-isu pencerobohan tanah di Negeri Selangor, berkuatkusa mulai September 2012 Kerajaan Negeri telah menubuhkan Unit Task Force dan Penyelidikan di bawah Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS). Antara objektif utama pengwujudan unit tersebut adalah seperti berikut :-

     

    Mengawal selia dan dan memantau aset-aset Kerajaan Negeri (Tanah Kerajaan).

     

    Mengenalpasti potensi projek-projek pembangunan di atas tanah Kerajaan dari segi perancangan bandar, penilaian tanah dan pengurusan kos projek.

     

    Mencadangkan dan membantu Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dalam membuat pertimbangan ke atas projek-projek pembangunan di atas tanah-tanah

     

    Membantu PTGS dalam aspek teknikal berkaitan perancangan bandar, penilaian tanah dan pengurusan kos

     

    Memastikan kemantapan, keseragaman dan perlaksanaan pentadbiran serta pengurusan tanah di Negeri Selangor menepati garis panduan dan dasar-dasar tanah yang telah

     

    Menyiasat isu-isu tanah milik Kerajaan Negeri yang bermasalah dan yang berkemungkinan akan mendatangkan kerugian hasil

     

Lampiran

Tiada Lampiran.