Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
5) MASALAH ANJING LIAR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah masalah ini real atau lebih merupakan prejudis sebahagian masyarakat terhadap haiwan ini?
Masalah anjing liar yang dihadapi oleh masyarakat terutamanya di kawasan- kawasan perumahan adalah benar-benar berlaku. Siasatan PBT mendapati bahawa anjing yang berkeliaran ini mempunyai tuan cumanya ianya berlesen atau tidak. Anjing yang berkeliaran ini juga telah mengundang anjing-anjing lain dan menyebabkan ia meningkat serta mula menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk setempat. Antara kacau ganggu yang dihadapi ialah:-
- Mengancam keselamatan penduduk (serangan anjing)
- Meninggalkan kesan najis
- Menyelongkar sampah sarap
- Menyalak dengan kuat
- Menyebarkan wabak penyakit
-
Apakah kaedah muktamad penyelesaian anjing liar?
Tiada kaedah muktamad bagi menyelesaikan masalah kehadiran anjing liar. Namun Kerajaan Negeri melalui PBT telah bertindak secara proaktif dalam usaha untuk mengurangkan aduan berkaitan perkara ini. Antara tindakan dan usaha yang telah diambil oleh PBT adalah melakukan rondaan dan aktiviti penangkapan anjing liar dengan lebih kerap dari masa ke
-
Apakah tindakan terhadap pemilik anjing peliharaan yang dilepaskan menjadi anjing liar?
Antara bentuk tindakan yang diambil oleh PBT terhadap pemilik anjing peliharaan yang dilepaskan menjadi anjing liar:-
- Tindakan penguatkuasaan yang dijalankan melalui pengesanan pita yang terdapat dalam cip transponder atau lencana anjing (jika ada) pada anjing liar;
- Pemilik boleh dikenakan notis dan seterusnya kompaun sekiranya notis gagal dipatuhi;
- Tindakan akan dikenakan merujuk kepada Undang-Undang Kecil Perlesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing;
- Tindakan sita kepada anjing milikan sekiranya ditemui berkeliaran
- Nama pemilik anjing akan disenaraihitam bagi permohonan yang akan datang