Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
4) SISTEM PENGUMPULAN AIR HUJAN (SPAH)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa banyak bangunan di kawasan Petaling Jaya lengkap dengan sistem Pengumpulan Air Hujan (SPAH) mengikut Guidelines For Installing Rainwater Collection And Utilization System oleh KPKT?
- Kerajaan Negeri Selangor melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah menyambut baik dan melaksanakan Pelan Tindakan Kejiranan Hijau yang telah diwartakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menggariskan agar Rainwater Harvesting System atau Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) ini diguna pakai oleh bangunan-bangunan kerajaan, PBT dan juga bangunan individu sebagai salah satu langkah pengurusan air yang berkesan adalah sesuatu yang
Pada masa yang sama Kerajaan Negeri Selangor bersama dengan pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) dan PBT akan mengadakan satu kajian bagi mengenal pasti potensi penggunaan sistem SPAH dan On Site Detention (OSD) untuk dimasukkan dalam pembinaan perumahan baru.
Sebagai tanda Kerajaan Negeri mengambil serius kepentingan SPAH Pelan Tindakan Kejiranan Hijau ini, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah membina sistem yang sama di Bangunan Dewan Jubli Perak bertujuan untuk mengelakkan penggunaan air bersih bagi kerja-kerja pembersihan, penyiraman pokok bunga dan ‘toilet flushing’ seterusnya boleh menjimatkan / mengurangkan perbelanjaan bil air yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Projek ini akan siap sepenuhnya pada Ogos 2014.
-
Bagaimana akreditasi dan audit dijalankan untuk memastikan SPAH benar-benar dipasang dan digunakan?
Kerajaan Negeri melalui PBT telah mewajibkan setiap permohonan pelan bangunan yang dikemukakan bagi rumah sesebuah, berkembar dan semua kategori bangunan berasingan yang mempunyai kawasan berbumbung melebihi 100m2 mengadakan SPAH pada pelan dan bangunan tersebut selaras dengan Pewartaan Pindaan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam Selangor