Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

3) PEMASANGAN PALANG BESI DI “GATED AND GUARDED” DIKAWASAN PERUMAHAN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberikan kuasa mutlak MELULUSKAN pemasangan palang besi di “Gated and Guarded” dikawasan perumahan sedia ada? Apakah bidang kuasa yang ada pada PBT dalam pemantauan dan tindakan penguatkuasaan dalam “Gated and Guarded”?

    Untuk makluman Y.B, konsep Skim Komuniti Berpagar dan Berpengawal (‘Gated And Guarded Community’) merupakan satu trend di dalam pembangunan perumahan masa kini. Ia dikenali sebagai komuniti tertutup atau kawasan perumahan berpagar yang amat popular di kalangan pemaju, penduduk dan para bakal pembeli

     

    Untuk makluman Y.B, ketika ini tiada mana-mana akta yang membenarkan pelaksanaan Skim Komuniti Berpagar dan Berpengawal (‘Gated & Guarded Community’) bagi pembangunan yang melibatkan hakmilik individu (landed property). Sehubungan dengan itu, satu Garis Panduan Pembangunan Skim Komuniti Berpagar dan Berpengawal (‘Gated & Guarded Community’) di Negeri Selangor telah disediakan oleh LPHS yang mana garis panduan tersebut telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke-19 yang telah bersidang pada 2 Jun 2010 dan disahkan dalam MMKN ke 20/2010 pada 9 Jun 2010.

     

    Pelaksanaan konsep Komuniti Berpengawal (‘Guarded Community’) perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan juga pelanggaran yang minimum terhadap peruntukan-peruntukan perundangan sedia ada terutamanya penutupan jalan.

     

     

    Berhubung bidang kuasa yang ada pada PBT dalam pemantauan dan tindakan penguatkuasaan di dalam skim “Gated and Guarded” ini. Garis panduan tersebut jelas menyatakan bahawa setiap permohonan yang dibuat oleh Persatuan Penduduk untuk melaksanakan skim “Gated and Guarded” perlu dikemukakan kepada PBT dengan mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan bagi membolehkan PBT memproses permohonan tersebut berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh LPHS memandangkan PBT merupakan agensi yang bertanggungjawab di dalam memproses dan meluluskan sebarang bentuk permohonan yang dijalankan di dalam kawasan pentadbiran mereka.

     

    Pada masa yang sama, melalui permohonan yang dikemukakan oleh persatuan penduduk tersebut, PBT akan membuat pemantauan dari peringkat kemukakan permohonan sehinggalah pelaksanaannya di tapak / di kawasan perumahan. Sekiranya terdapat pihak persatuan penduduk yang tidak mematuhi garis panduan dan persatuan penduduk / operator yang tidak mengemukakan permohonan di PBT, pada kebiasaanya PBT akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu bersama persatuan penduduk / operator, para penduduk di dalam kawasan perumahan berkenaan dan mereka yang berkaitan bagi menyelesaikan isu-isu berhubung pelaksanaan skim ini terutamanya pelaksanaan skim ini melibatkan bantahan daripada penduduk setempat. Tindakan penguatkuasaan oleh PBT perlu melalui pertimbangan wajar melalui perundingan dengan semua pihak terlibat berkenaan. Tindakan penguatkuasaan termasuk perobohan hanya diambil sekiranya PBT mendapat perintah mahkamah supaya merobohkan skim berkenaan sebagaimana keputusan MMKN ke 37/2013 bertarikh 4 Disember 2013.

     

  2. Sila menyatakan jumlah angka “Gated and Guarded” yang DILULUS oleh setiap PBT dan DITOLAK

    Untuk makluman Y.B, secara keseluruhan terdapat sebanyak 658 skim pembangunan komuniti berpengawal (guarded community) dan skim komuniti berpagar (gated community) di Negeri Selangor bukan di Bawah Akta Hakmilik Strata 1985, (Akta 318). Daripada 658 skim tersebut , 510 skim merupakan skim komuniti berpengawal (guarded community) yang mana sebanyak 239 bilangan yang mempunyai permit / kelulusan dari PBT manaka 271 bilangan yang tiada kelulusan / permit daripada PBT. Sebanyak 148 skim merupakan skim komuniti berpagar (gated community) yang mana sebanyak 78 bilangan yang mempunyai permit / kelulusan dari PBT manaka 70 bilangan yang tiada kelulusan / permit daripada PBT. Pecahan keseluruhan pembangunan skim “gated and guarded” mengikut PBT adalah seperti di Jadual 0.

     

     

    Jadual 1.0 : Pembangunan Keseluruhan Skim Mengikut PBT

     

     

     

    Bil.

     

     

    PBT

    Konsep komuniti Berpengawal Konsep Komuniti Berpagar  

     

    Jumlah

    Bil. Yang Mempunyai Kebenaran /

    Lulus PBT

    Tiada Kelulusan Permit Bil. Yang Mempunyai Kebenaran /

    Lulus PBT

    Tiada Kelulusan Permit
    1. MBSA 24 62 20 11 117
    2. MBPJ 1 41 42
    3. MPK 108 108
    4. MPSJ 37 61 17 4 119
    5. MPAJ 6 38 3 13 60
    6. MPKj 47 5 29 9 90
    7. MPS 6 5 11
    8. MPSp 8 62 4 33 107
    9. MDKS 1 2 3
    10. MDKL 1 1
    11. MDHS 0
    12. MDSB 0
      JUMLAH 239 271 78 70 658

     

    Sumber PBT : Maklumat sehingga 31 Disember 2013

     

  3. Adakah “Gated and Guarded” membuahkan hasil menampakkan kes jenayah dalam kawasan perumahan turun?

    Walaupun pelaksanaan skim “gated and guarded” ini menunjukkan pengurangan kadar jenayah akibat daripada pengawalan / menghadkan akses keluar masuk ke dalam kawasan perumahan namun ianya bukanlah langkah yang boleh diteruskan untuk tempoh yang panjang memandangkan ianya sangat bertentangan dengan beberapa akta dan aspek perundangan dan ianya boleh dicabar di mahkamah oleh sesiapa juga yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan selagi tiada satu akta khusus dibentuk oleh Kerajaan Persekutuan yang menangani permasalahan isu

Lampiran

Tiada Lampiran.