Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

2) SENARAIKAN BINAAN TOKONG DAN KUIL DUN MERU

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Tokong dan kuil yang telah daftar di bawah exco hal ehwal bukan islam.

    1. Pihak Persatuan Keagamaan yang menguruskan perkara berkaitan Tokong dan Kuil di Negeri Selangor tidak berdaftar di bawah Exco Hal Ehwal Selain Islam. Walaubagaimanapun, pihak persatuan keagamaan perlu mendaftarkan pertubuhan masing-masing di bawah Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

    Sehingga tahun 2013, bilangan keseluruhan Rumah Ibadat Bukan Islam yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) di seluruh Negeri Selangor adalah sebanyak 328 buah. Dari jumlah tersebut, Tokong mencatatkan bilangan tertinggi dengan 156 buah diikuti dengan Kuil dengan sejumlah 137 buah manakala gereja sebanyak 31 buah dan Gudwara sebanyak 4 buah.

     

    BIL. NAMA RUMAH IBADAT JUMLAH RUMAH IBADAT
    1. TOKONG 156
    2. KUIL 137
    3. GEREJA 31
    4. GUDWARA 4
    JUMLAH 328

     

  2. Apakah peruntukan yang mereka perolehi?

    Antara peruntukan / bantuan kewangan yang mereka boleh perolehi daripada Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Selain Islam adalah seperti berikut :

    • Baikpulih bangunan keagamaan sedia ada;
    • iSumbangan bagi    tujuan   pemindahan   bangunan   keagamaan                          yang dirobohkan; dan
    • Pendidikan keagamaan.
    • Pembelian peralatan bagi tujuan mengadakan kelas-kelas agama. (MMKN ke 30/2009 yang diadakan pada 16.9.2009)

     

    Walau bagaimanapun, peruntukkan / bantuan kewangan ini perlulah dimohon melalui DUN masing-masing dan akan dihantar ke Y.B EXCO JawatanKuasa Tetap Hal Ehwal Selain Islam dengan syarat telah mematuhi senarai semak dokumen yang diperlukan dan mematuhi kriteria kelulusan Bantuan yang telah ditetapkan.

     

  3. Senaraikan dan berapa jumlah yang telah menerima bantuan pembangunan?

    Jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada Jawatankuasa Tetap Selain Islam mengikut pecahan kepada Kuil, Tokong dan Gereja pada tahun 2013 adalah sebanyak RM 3,147,000.00 dan pada tahun 2014 telah diperuntukkan sebanyak RM 3,000,000.00 dengan pecahan peruntukan iaitu sebanyak RM 1,500,000.00 untuk tokong, RM 1,050,000.00 untuk kuil & Gudwara dan selebihnya iaitu RM 450,000.00 adalah untuk

    Setiap persatuan keagamaan boleh memohon peruntukkan / bantuan tersebut bergantung kepada peruntukkan semasa yang diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri.

     

    JENIS RIBI PERUNTUKAN 2013 (RM) PERUNTUKAN 2014 (RM)
    TOKONG 1,445,000.00 1,500,000.00
    KUIL & GUDWARA 1,332,500.00 1,050,000.00
    GEREJA 369,500.00 450,000.00
    JUMLAH 3,147,000.00 3,000,000.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.