Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

299) TANAH PERKUBURAN ISLAM

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan berapa jumlah tanah perkuburan yang berdaftar dengan PBT serta JAIS di seluruh negeri Selangor?

    Berikut adalah senarai jumlah tapak perkuburan Islam di negeri Selangor:

    Jumlah Keseluruhan
    K  Aset/

    Daerah

    Petaling Kuala Selangor Sabak Bernam Hulu Langat Hulu Selangor Gombak Klang Kuala Langat Sepang Jumlah
    Kubur 33 59 49 64 51 52 53 68 36 465
  2. Nyatakan tanah perkuburan Islam ini sebenarnya di bawah penyelenggaraan dan pemantauan siapa?

    Berdasarkan Majlis Mesyuarat Dewan di Raja Selangor Yang ke -133 pada 12 November 2012 telah memutuskan agar pihak MAIS dan JAIS melaksanakan pengurusan tanah perkuburan di seluruh Negeri Selangor.

  3. Apa tindakan kerajaan dalam menangani isu tanah perkuburan yang tidak mendapat kelulusan dari JAIS?

    Pihak JAIS akan merujuk perkara ini setiap case by case. Dimana tindakan awalan adalah merujuk pandangan daripada Jabatan Mufti sama ada terdapat keperluan untuk mewartakan atau memindahkan tapak perkuburan terbabit.

Lampiran

Tiada Lampiran.