Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

294) LINGKARAN HIJAU DI BANDAR BARU SELAYANG

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status Projek Lingkaran Hijau di Bandar Baru Selayang?

    Projek ini telah ditamatkan kontrak pada 25 November 2013 mengikut Fasal 52.1 Syarat-syarat kontrak – atas dasar kepentingan Negara.

  2. Apakah permasalahan yang wujud?

    Masalah projek ini adalah disebabkan Kerajaan Negeri berhadapan dengan masalah pengambilan balik tanah di sebahagian lokasi projek ini iaitu di CH0.600 hingga CH1.800 dimana tuan tanah telah membawa kes ini ke mahkamah dan pihak Kerajaan Negeri menjangkakan jalan penyelesaian akan berpanjangan dengan isu-isu rayuan daripada pihak-pihak terlibat.

  3. Bilakah projek ini akan siap?

    Projek ini perlu ditender semula sekiranya hendak diteruskan. Tarikh jangka tender semula dan siap projek ini bergantung kepada keputusan mahkamah.

    MAKLUMAT TAMBAHAN

    BUTIRAN-BUTIRAN KONTRAK

    i. Tajuk Kontrak : Cadangan Membina dan

    Menyiapkan Laluan Hijau Bandar Baru Selayang ke Jalan Sungai Tua/Bukit

    Boyan       (B23),      Daerah       Gombak,

    Selangor Darul Ehsan  
    ii. No Kontrak : JKR / SEL / 351 / 2012  
    iii. Syarat-syarat Kontrak : JKR 203A (REV.1/2010)  
    iv. Harga Kontrak Asal : RM 44,599,035.00  
    v. Pegawai Penguasa : Pengarah JKR Selangor  
    vi. Nama Kontraktor : Jurumart Sdn Bhd  
    vii. Tarikh Milik Tapak : 15 Mac 2012  
    viii. Tarikh Siap Asal : 25 September 2013  
    ix. Tarikh Siap Dilanjutkan : 2 Disember 2013

    (klausa 43(g) – 68 hari)

     
    x. Tarikh Penamatan Kontrak: 25 November 2013  
                                        (klausa     52.1     –     atas

    kepentingan Negara)

    dasar
    xi. Status Kes Mahkamah :  
    • PUU telah mengemukakan notis usul kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan. Menunggu tarikh bicara.
    • Perintah penggantungan perintah mahkamah rayuan bertarikh 26 Februari 2014 telah diterima pada 28 Ogos 2014.

Lampiran

Tiada Lampiran.