Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
291) PELANCONGAN PENDIDIKAN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah lambakan kolej-kolej swasta di negeri Selangor membantu menambahkan jumlah pelancongan di negeri ini?
Selangor boleh dikatakan sebagai hub pendidikan bagi Malaysia, kerana kebanyakan Institusi Pengajian Tinggi Awam, utama di Malaysia berada dalam negeri Selangor seperti berikut :
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM LOKASI / DAERAH Universiti Islam Antarabangsa ( UIA ) Gombak Universiti Teknologi Mara ( UITM ) Shah Alam Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) Bangi Universiti Putra Malaysia ( UPM ) Serdang Universiti Malaya ( UM ) Petaling Jaya Kolej Universiti Islam ( KUIS ) Bangi Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alam Politeknik Sultan Idris Sabak Bernam Darul Quran Hulu Selangor Selain daripada terdapat banyak Institusi Pengajian Tinggi Swasta serta kolejkolej swasta yang menawarkan pelbagai kursus dan fakulti pengajian untuk para pelajar daripada seluruh negara melanjutkan pelajaran mereka . Berikut adalah IPTS yang popular terletak di negeri Selangor.
INSTITUSI PENGAJIAN SWASTA LOKASI / DAERAH Universiti Selangor ( UNISEL ) Bestari Jaya / Shah Alam Management And Science Universiti ( MSU) Shah Alam Multimedia Universiti ( MMU ) Cyberjaya Lim Kok Wing Universiti Cyberjaya Taylors Kolej And Universiti Subang Jaya Sunway Kolej And Universiti Subang Jaya Monash Universiti Subang Jaya Metropolitan Kolej And Universiti Subang Jaya Segi Kolej Kota Damansara MAHSA Kolej Kajang Rangkaian UNIKL Gombak / Kajang GMI French Institut Bangi Univeristi TNB ( UNITEN ) Bangi Universiti Tunku Abdul Rahman ( UTTAR ) Petaling Jaya Kolej PTPL Shah Alam Selain daripada terdapat banyak Institusi Pengajian Tinggi Swasta serta kolejkolej swasta yang menawarkan perlbagai kursus dan fakulti pengajian untuk para pelajar daripada seluruh negara melanjutkan pelajaran mereka .
Tourism Selangor juga semakin giat mengadakan kerjasama bersama dengan universiti di Selangor terutamanya bersama UNISEL mengadakan promosi di dalam dan luar negara antaranya ialah :
- Taranasa Travel Fair, Filipina 2011
- Roadshow Selangor Shines, Indonesia (Riau, Pekan Baru, Medan) 2012
- Roadshow Selangor Shines, Pantai Timur (Pahang, Terengganu, Kelantan ) 2012 iv. Roadshow Selangor Shines, Kuching dan Miri 2013
-
Berapakah anggaran ketibaan pelancong dari pelancongan pendidikan?
Pelancongan pendidikan juga dapat menarik lebih ramai pelajar asing, secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan kedatangan pelancong dan mempertingkatkan ekonomi negeri Selangor. Selain itu, pelajar ini turut menjadi duta kecil industri pendidikan di Selangor dengan berkongsi cerita pengalaman manis mereka sewaktu menuntut ilmu di Selangor. Secara tidak langsung, duta kecil ini membantu mempromosi dan menwar-warkan tarikan produk pelancongan yang terdapat di negeri Selangor dengan kedatangan lebih ramai rakan taulan dan keluarga ke Selangor khasnya dan ke Malaysia amnya.
Walau bagaimanapun selain pelajar tempatan, terdapat juga ramai pelajar antarabangsa dari luar negara yang melanjutkan pelajaran mereka di Malaysia. Berikut adalah pecahan pelajar dari luar negara yang tertinggi melanjutkan pelajaran mereka di Malaysia.
Bil Rantau Negara 1. Asean i. Indonesia ii. Thailand iii. Brunei iv. Filipina v. Vietnam 2. Asia i. Bangladesh ii. China iii. India iv. Pakistan 3. Timur Tengah / Arab i. Iran ii. Iraq iii. Yemen iv. Arab Saudi v. Jordan 4. Negara Afrika i. Bostwana ii. Libya iii. Maldives iv. Nigeria v. Somalia vi. Sudan Berikut adalah jumlah pelajar antarabangsa yang sedang menuntut di IPTS di seluruh Negeri Selangor bagi tahun 2013.
IPTS Pelajar Lelaki Pelajar Perempuan Jumlah Universiti 11,324 5,270 16,594 Kampus Cawangan 1,500 1,077 2,577 Kolej Universiti
947 1,288 2,235 Kolej 3,407 2,189 5,596 Jumlah 17,178 9,824 27,002 (*Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi)