Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
285) MEDAN IKAN BAKAR PANTAI JERAM
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Siapakah yang mengawal kewujudan gerai-gerai ikan bakar di sekitar Pantai Jeram?
Gerai-gerai ikan bakar di sekitar Pantai Jeram pada asalnya dibangunkan oleh pengusaha di atas tanah kerajaan yang mendapat kelulusan Sijil Pendudukan Sementara (TOL). Jabatan Perancangan Pembangunan dan Landskap MDKS berperanan mengenalpasti lokasi tapak-tapak gerai di seluruh kawasan pentadbiran Majlis untuk dibangunkan dengan sempurna, teratur dan mematuhi peraturan.
Majlis melalui Jabatan Perancangan Pembangunan merancang dan mengenalpasti lokasi yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak penjaja dan gerai. Bagi tujuan pemantauan, Jabatan Kawalan Bangunan, Bahagian Penguatkuasa dan Bahagian Perlesenan memastikan tiada pertambahan penjaja tidak berlesen di Pantai Remis.
-
Adakah Pihak Berkuasa Tempatan mengenakan cukai kepada peniaga-peniaga ini?
Pihak Majlis Daerah Kuala Selangor telah mengenakan cukai taksiran ke atas 49 unit gerai makan di daerah Kuala Selangor mulai daripada tahun 2010 seperti berikut :-
BILANGAN GERAI NILAI TAHUNAN (RM) CUKAI TAKSIRAN (RM) 49 UNIT 162,840.00 13,027.20 Daripada jumlah tersebut, terdapat 3 unit gerai yang telah dikenakan cukai bagi kawasan Jeram iaitu :-
- Aroma Ikan Bakar
- Narmi Seafood
- Abdullah bin Awang Kechik
-
Adakah kerajaan negeri menyediakan kemudahan kepada peniaga untuk menjalankan perniagaan?
Terdapat sebuah pusat Medan Ikan Bakar yang telah disediakan oleh pihak Majlis iaitu Medan IKan Bakar Pantai Jeram