Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
270) LOJI AIR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah loji-loji air sedia ada boleh dinaiktaraf agar dapat ditingkatkan kapasiti pengeluaran air bersih?
Pada masa ini terdapat 34 loji rawatan air yang dikendalikan oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, SPLASH dan ABASS. Pihak SYABAS pernah menyatakan bahawa keupayaan loji dan keupayaan pengagihan adalah terhad untuk mengagihkan sebanyak 4371JLH . Namun demikian, pada tahun 2012, Kerajaan Negeri Selangor telah membuat Kajian “Augmentation Study” yang bertujuan untuk mencabar fakta yang diberikan oleh SYABAS.
Dalam hal ini, kajian tersebut menunjukkan bahawa kapasiti loji rawatan dan pengagihan boleh ditingkatkan kepada 5252 JLH. Oleh itu, beberapa usaha melalui program mitigasi telah dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan pengeluaran dan pengagihan 34 loji rawatan air tersebut.
-
Berapakah kos yang terlibat sekiranya loji-loji air ini dinaiktaraf?
Di dalam mengkaji dan meneliti cadangan untuk menaik taraf loji loji air sedia ada, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa memberi keutamaan kepada kepentingan pengguna dan amat menitik beratkan perbelanjaan berhemah bagi setiap projek yang akan dilaksanakan. Oleh yang demikian, sekiranya projekprojek menaik taraf loji ini dilaksanakan, pelaksanannya akan dibuat secara tender terbuka dengan memilih penender yang mengemukakan cadangan kos yang rendah dan berupaya dilaksanakan dari segi teknikal dan kejuruteraan. Justeru itu, kos bagi pelaksanaan menaik taraf loji-loji rawatan air hanya akan dipastikan selepas tender dikeluarkan.