Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

261) KENAIKAN SEWA KOMPLEKS PERNIAGAAN PKNS

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan kadar sewa semasa di Kompleks PKNS Shah Alam berbanding kadar sebelum kenaikan?

    Berikut disertakan kadar sewa semasa dan cadangan kadar kenaikan sewa :-

    Tingkat Jenis Perniagaan Kadar

    Sewa

    Semasa

    / Kaki

    Persegi

    Kadar Kenaikan

    Sewa / Kaki

    Persegi

    (MASIH DI

    PERINGKAT

    PERLAKSANAAN)

    Penjelasan
    Tingkat bawah (Ground

    Floor)

    Ruang Kedai RM 2.50 Kenaikan di antara

    RM3.25 (30%) –

    RM3.75 (50%)

    Mengambil kira faktor-faktor seperti:-

    i) Luas kedai ii) Kedudukan kedai

    iii) Jenis

    perniagaan

    Bank RM 5.00 Mengikut pasaran semasa dan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
      Jenis Perniagaan Kadar

    Sewa

    Semasa

    / Kaki

    Persegi

    Kadar Kenaikan

    Sewa / Kaki

    Persegi

    (MASIH DI

    PERINGKAT

    PERLAKSANAAN)

    Penjelasan  
    “Chain Store”, eg..McDonalds, RM 2.50 Mengikut pasaran semasa dan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.  
    Tingkat Satu Ruang Kedai RM 2.00 Kenaikan di antara

    RM2.60 (30%) –

    RM3.00 (50%)

    Mengambil kira faktor-faktor seperti:-

    i) Luas kedai ii) Kedudukan kedai

    iii) Jenis

    perniagaan

     
    Bank Tiada    
    “Chain Store”, eg..McDonalds, Tiada    

    Nota  :  Rekod yang dinyatakan di atas adalah untuk Tingkat 1 dan 2 sahaja, iaitu untuk ruang niaga sahaja.

    Tingkat 2 dan 3 adalah untuk kegunaan pejabat dan yang berkaitan sahaja.

  2. Senaraikan penyewa-penyewa premis perniagaan yang terlibat dengan kenaikan kos sewaan ini?

    Semua penyewa premis perniagaan akan terlibat dengan kenaikan kos sewaan ini.

  3. Apakah asas pertimbangan kadar sewa dan adakah ia berpatutan?

    Kadar sewa yang bakal dilaksanakan ini adalah berpatutan dan asas pertimbangan kadar sewa ini adalah berdasarkan kepada beberapa faktor, iaitu :

    •  Peningkatan kos dengan keadaan ekonomi semasa.

    Dengan keadaan ekonomi semasa, pemilik bangunan memerlukan dana untuk menampung kos operasi yang meningkat dan perbelanjaan modal, contoh kenaikan tarif elektrik dan sebagainya.

    • Kos Penyelenggaraan yang tinggi

    Sebagai pengendali Kompleks, adalah untuk memastikan semua kemudahan adalah teratur bagi mewujudkan suasana pusat membelibelah. Dengan keadaan bangunan yang sudah agak berusia, semestinya terdapat banyak peralatan atau kemudahan-kemudahan yang perlu diperbaiki atau ditukar yang baru. Pembaikan dan naiktaraf akan dilakukan secara berfasa.

    • Keadaan Pasaran yang telah berubah

    Pada masa ini, kadar sewa di Kompleks PKNS Shah Alam adalah sangat rendah berbanding dengan kadar pasaran, sekalipun dibandingkan dengan Kompleks yang berdekatan. PKNS masih realistik dengan kenaikan kadar sewa, yang mana kadar sewa setelah dinaikkan juga adalah masih pada kadar subsidi.

    • Memacu aktiviti-aktiviti promosi dan pengiklanan

    Dana diperlukan untuk memacu aktiviti-aktiviti promosi dan pengiklanan. Pihak Pengurusan juga akan mempergiatkan usaha-usaha untuk merangka lebih banyak Program Pembangunan Usahawan Bumiputera. Setakat ini pihak PREC telah menganjurkan pelbagai aktiviti promosi dengan pihak UiTM, Bahagian Pembangunan Usahawan Bumiputera dll.

Lampiran

Tiada Lampiran.